Lelaki Mengandung

Lelaki Mengandung
lelaki mengandung
Seorang lelaki gemuk naik keretapi. Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba-tiba dia berasa ada yang menyondolnya lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo.. ada seorang perempuan mengandung sedang berdiri. Melihat perempuan itu maka lelaki gemuk itu bertanya..



Lelaki Gemuk: "Hai, akak mengandung ya?"
Ibu Mengandung: "Takdelah! Sudah tahu tanya lagi." (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya)
Lelaki Gemuk: "Dalam tu ada orang kan kak?"
Ibu Mengandung: "Ya!" (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya) "Encik pun Mengandung ya?"
Lelaki Gemuk: "Ya! Hahahahaaa!!"
Ibu Mengandung: (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, dia bertanya lagi) "Dalam perut tu ada orang kan?"
Lelaki Gemuk: "Bukan orang, tapi anak gajah! Hahahaa!!"
Ibu Mengandung: (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)
Lelaki Gemuk: "Laa kenapa akak ketawa?"
Ibu Mengandung: "Oh ada anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar." (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dizip)

Comments

Popular posts from this blog

Clash Of Clans Gem Hack

Petua Berkesan Membuang Ketuat Di kaki

Otak akan cerdas kalau tulis jawi