Kelvin Yip Kurang Ajar HIna azan

kelvin yip hina azan
Kelvin Yip kurang ajar

Status Laman facebook yang bernama Kelvin Yip Kurang ajar, menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.
Malaysia adalah negara Islam, dan majoritinya adalah Umat Islam, orang bukan Islam perlu menghormati apa yang dilakukan oleh penganut Agama Islam, tetapi Kelvin Yip ini telah membuat satu kenyataan yang amat menyinggung perasaan Umat Islam, Perbuatan dia perlu di siasat dengan kadar segera supaya tidak ada lagi kes umpama ini.

"KUALA LUMPUR 1 Ogos - Pihak berkuasa diminta segera mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook yang menggunakan identiti Kelvin Yip kerana memaparkan kenyataan yang menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan itu mesti diambil walaupun Kelvin telah memohon maaf di atas kesilapannya.
Beliau turut menyebut tentang Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin atau dikenali sebagai Kiki yang dikenakan tindakan undang-undang di atas perbuatan mengetuk sebuah kereta dengan menggunakan pengunci stereng selepas bergesel dengan kenderaannya baru-baru ini.
"Kiki minta maaf tetapi kena dakwa. Yang ini pun kena dakwa. Kasi ajar sikit. Kali ini dan selama-lamanya. Bertindak tegas dan cepat pada siapa sahaja tak kira kaum," katanya menerusi laman Facebooknya semalam.
Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO turut memaparkan cetakan skrin kenyataan kontroversi Kelvin pada laman Facebooknya.
Dalam kenyataan itu, Kelvin menggunakan kata-kata lucah dan kesat bagi meluahkan perasaan tidak puas hatinya dengan takbir Hari Raya Aidilfitri yang berkumandang melalui pembesar suara pada pukul 6.45 pagi.
Kelvin seterusnya meminta maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataan yang telah dipadamkan dari laman Facebooknya itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140802/dn_08/Ambil-tindakan-terhadap-Kelvin-Yip#ixzz39XNWJI3c
© Utusan Melayu (M) Bhd "

Comments

Popular posts from this blog

Clash Of Clans Gem Hack

Petua Berkesan Membuang Ketuat Di kaki

Otak akan cerdas kalau tulis jawi