Petua Berkesan Membuang Ketuat Di kaki

Anda ada masalah ketuat di kaki?
Ketuat di tempat lain mungkin anda tidak berapa kisah. Tapi jika ketuat tumbuh di kaki memang membuatkan anda rasa tidak selesa, tambahan pula apabila anda hendak berjalan. Kesakita terasa apabila tekanan kaki pada tanah.
Saya juga pernah kena penyakit ini di kaki, pelbagai cara saya cuba untuk menyembuhkannya. Namun semua tak berhasil. Pada mulanya saya pergi ke klinik dan mencuba ubat duofilm, tapi ubat tersebut sangat lambat untuk membantu, malah membuat ketuat di kaki saya nampak lebih besar.
Saya juga pernah menggunakan pengepit kuku untuk membuang ketuat tapi lepas beberapa minggu, tumbuh pula satu lagi ketuat yang baru, itulah bahayanya ketuat jika anda menggunakan pengepit kuku untuk membuang ketuat tersebut.hampir 5bulan ketuat menumpang di kaki saya. Haha..
Akhir sekali saya mencuba dengan cara tradisional iaitu dengan menggunakan bawang putih, Alhamdulillah, dalam masa 5hari ,kedua-dua ketuat tersebut telah hilang dan kaki terasa amat selesa untuk berjalan.
Caranya senang saja.
1. Ambil seulas bawang putih, belah dua.
2. Tonyoh / Sapu bawang putih tadi pada bahagian ketuat tersebut dalam 3-5 minit.
3. Biarkan kering, (seeloknya buat pada waktu hendak tidur dan waktu lepas mandi.
4. Jika ada plaster ubat, pada pagi hari selepas mandi, lekatkan plaster ubat tersebut sehingga tengahari.
Lakukan benda sama dan lihat hasilnya dalam 4 hari. Akan timbul warna hitam di tempat ketuat, (mungkin virus ketuat yang dah mati). Kemudian boleh korek ketuat tu dengan kepit kuku yang baru. Ataupun korek dengan apa-apa yang tajam. Nanti sekali degan akar-akar ketuat tu akan tercabut dengan senang.
Selepas ketuat terkeluar, bekas ketuat tu mungkin akan nampak seperti kaki yang berlubang. Biarkan begitu saja. Dalam masa 2-3 hari lubang pada kaki akan terpalam dengan sendirinya. Dan kematu-kematu di keliling ketuat akan hilang dengan sendirinya lepas beberapa minggu ketuat tersebut mati.
Sebelum mencuba, amalkan baca bismillah. 
:)

Comments

Popular posts from this blog

Clash Of Clans Gem Hack

Otak akan cerdas kalau tulis jawi