Jom Dapatkan firefox 7


Selain daripada pelbagai pengoptimuman dan pembetulan kesilapan, unsur yang paling penting di Firefox 7 adalah yang secara drastik mengurangkan penggunaan memori berbanding dengan versi sebelumnya yang mempunyai masalah dalam hal ini. Menurut Mozilla, pelayar baru  itu, satu pelan yang mengurangkan penggunaan memori sebanyak 20% -50% dan Firefox 7 akan boot dengan lebih cepat.
Firefox 7 adalah tersedia dalam 70 bahasa untuk Windows, Mac OS X dan Linux, manakala syarikat itu akan mengumumkan Firefox versi mudah alih Android

Jom dapatkan firefox di sini secara percuma

Blogwalking Software percuma



Ramai yang suka blogwalking dari satu blog ke satu blog kan?Tapi kekadang kita rasa bosan dan kekadang ada blog yang harini kita lawat, pastu esok kita lupa nak lawat blog dia, so dengan software ni kita tak lagi lupa untuk melawat blog mereka setiap hari, software ni sangat mudah digunakan, cuma copy setiap blog yang kita lawat dalam ni, pastu setiap kali kita nak lawat, cuma double klik saja tanpa perlu minimizekan browser anda.
Boleh try dulu.

Menyelamatkan Anak Harimau

Seekor anak harimau yang kecil hampir jatuh ke bawah gaung yang sangat tinggi dan tersangkut di tepi dinding gaung tersebut.


Ibu harimau tersebut cuba untuk menyelamatkan anaknya yang terjatuh di dalam gaung tersebut.

Klik Untuk Gambar Seterusnya :

Beberapa ekor harimau lain juga turut cuba untuk menyelamatkan anak rakan mereka yang terjatuh itu, tetapi semuanya seperti takut mereka juga turut terjatuh.
Dengan ketabahan yang ada pada ibu harimau tersebut, maka ia bertindak berani untuk mengambil anaknya yang jatuh dari gaung tersebut dan berjaya membawa anaknya naik keatas dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.
Ibu harimau tersebut mencium anaknya dengan penuh kasih sayang.
Lihatlah betapa sayangnya harimau terebut terhadap anaknya yang hampir-hampir mati jatuh ke dalam gaung yang tinggi, mausia perlu mengambil pengajaran dari gambar di atas. :)

Lagi Aneh Lepas Pasang Link Within

Aritu Hairan dengan links in yang ada kat alexa ranking yang dah di link sebanyak 31 site, dan kali ini lagi hairan selepas saya pasang link within kat blog ini,  kerana semua post yang saya tak pernah masukkan ada dalam link within tersebut, dan apabila saya klik link tersebut, maka  keluar page not found, huhu

Donat Percuma


Sekali tengok donat di atas memang lazat, haha..
Saja upload gambar ni sebab harini aku dapat donut percuma.
Pas ni nak makan KFC plak..Chow Dlu.. :)

Teknik menaip dengan laju

Dibawah ini adalah gambar yang menunjukkan cara sebenar untuk menaip di atas keyboard dengan pantas, jika kita merasakan kita telah menaip dengan laju, sebenarnya kita salah jika kita tidak menggunakan sepenuhnya jari untuk menaip. Kebanyakkan kita hanya menaip dengan menggunakan 3 atau 4 jari sahaja. Amat jarang kita jumpa orang yang menggunakan kesemua jarinya untuk menaip.
Jadi, kalau kita boleh membahagikan tugas kepada jari kita untuk menaip keyboard seperti gambar di bawah, maka kita boleh dikategorikan sebagai Genius :)


Cuba korang taip guna kesemua jari korang kat atas keyboard, mesti tak selesa kan?Tak pun mesti jadi typo banyak, so, kena la praktis selalu baru cekap. Hehe

Blog aku pernah wujud zaman dulu?

Assalamualaikum.

Harini aku terasa agak hairan dan terkejut, sebab aku ada pasang alexa site info untuk blog baru aku ini, so lepas aku pasangkan site info tu, aku mendapati telah ada 31 links in dekat blog aku, sangat terkejut sedangkan blog aku baru di buat beberapa hari lepas.

Lepas daripada itu, aku juga cuba untuk menggunakan google untuk cek samada betul atau tidak blog aku ni di links in kan kepada website atau blog-blog lain dan hasil carian adalah seperti di atas. Blog Ini memang pernah wujud sebelum aku register semula blog ini dengan nama aku. memang sangat pelik.

Setahu aku lah, setiap blog yang kita delete, sudah tentu google tidak akan bagi kita guna semula nama domain tersebut kan?sebab aku punya blog sudah delete banyak, tapi aku cuba untuk register semula dia kata "Sorry, the blog at .....blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs.

Jadi setelah aku lihat semula di dalam google dengan lebih teliti, aku dapat mengesan pemilik lama blog ini orang Malaysia juga mungkin dan berada di Lubnan..Huhu. Dan mungkin dia masih baru delete blog ini, sebab banyak site link berada pada tahun 2010. Kurang dari satu tahun.

Harap nanti kalau dah follower ramai jangan la google delete pulak blog aku kan?

Dan kepada pemilik lama domain Inblog2share.blogspot.com ni, 
saya harap anda tidak lah pula mengklaim semula blog ini. Saya cuma register disebabkan adress blog tersebut boleh didaftarkan dan available maka saya pun telah mendaftar dengan cara biasa. 
:)

Terima Kasih.

Ucaplah I love you


Berikut adalah perkataan "I love you" dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia, dengan pelbagai kaum yang ada seluruh dunia, sudah tentu bahasanya juga berlainan dari bahasa kita, jom kita tengok macamana orang-orang luar negara bercakap perkataan "I love you" selain dari bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Afrikaans - Ek het jou lief

Albanian - Te dua

Arabic - Ana behibak (to male)

Arabic - Ana behibek (to female)

Armenian - Yes kez sirumen

Bambara - M'bi fe

Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi

Belarusian - Ya tabe kahayu

Bisaya - Nahigugma ako kanimo

Bulgarian - Obicham te


Klik Untuk Lihat Semua :

Cambodian - Soro lahn nhee ah

Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a

Catalan - T'estimo

Cheyenne - Ne mohotatse

Chichewa - Ndimakukonda

Corsican - Ti tengu caru (to male)

Creol - Mi aime jou

Croatian - Volim te

Czech - Miluji te

Danish - Jeg Elsker Dig

Dutch - Ik hou van jou

English - I Love You

Esperanto - Mi amas vin

Estonian - Ma armastan sind

Ethiopian - Afgreki'

Faroese - Eg elski teg

Farsi - Doset daram

Filipino - Mahal kita

Finnish - Mina rakastan sinua

French - Je t'aime, Je t'adore

Gaelic - Ta gra agam ort

Georgian - Mikvarhar

German - Ich liebe dich

Greek - S'agapo

Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo

Hiligaynon - Palangga ko ikaw

Hawaiian - Aloha wau ia oi

Hebrew - Ani ohev otah (to female)

Hebrew - Ani ohev et otha (to male)

Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw

Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae

Hmong - Kuv hlub koj

Hopi - Nu' umi unangwa'ta

Hungarian - Szeretlek

Icelandic - Eg elska tig

Ilonggo - Palangga ko ikaw

Indonesian - Saya cinta padamu

Inuit - Negligevapse

Irish - Taim i' ngra leat

Italian - Ti amo

Japanese - Aishiteru

Kannada - Naanu ninna preetisuttene

Kapampangan - Kaluguran daka

Kiswahili - Nakupenda

Konkani - Tu magel moga cho

Korean - Sarang Heyo

Latin - Te amo

Latvian - Es tevi miilu

Lebanese - Bahibak

Lithuanian - Tave myliu

Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu

Malayalam - Njan Ninne Premikunnu

Mandarin Chinese - Wo ai ni

Marathi - Me tula prem karto

Mohawk - Kanbhik

Moroccan - Ana moajaba bik

Nahuatl - Ni mits neki

Navaho - Ayor anosh'ni

Norwegian - Jeg Elsker Deg

Pandacan - Syota na kita!!

Pangasinan - Inaru Taka

Papiamento - Mi ta stimabo

Persian - Doo-set daaram

Pig Latin - Iay ovlay ouyay

Polish - Kocham Ciebie

Portuguese - Eu te amo

Romanian - Te ubesk

Russian - Ya tebya liubliu

Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort

Serbian - Volim te

Setswana - Ke a go rata

Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan

Sioux - Techihhila

Slovak - Lu`bim ta

Slovenian - Ljubim te

Spanish - Te quiero / Te amo

Swahili - Ninapenda wewe

Swedish - Jag alskar dig

Swiss-German - Ich lieb Di

Tagalog - Mahal kita

Taiwanese - Wa ga ei li

Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe

Tamil - Nan unnai kathalikaraen

Telugu - Nenu ninnu premistunnanu

Thai - Chan rak khun (to male)

Thai - Phom rak khun (to female)

Turkish - Seni Seviyorum

Ukrainian - Ya tebe kahayu

Urdu - mai aap say pyaar karta hoo

Vietnamese - Anh ye^u em (to female)

Vietnamese - Em ye^u anh (to male)

Welsh - 'Rwy'n dy garu

Yiddish - Ikh hob dikh

Yoruba - Mo ni fe


Itu sahaja Untuk Kali ini, kalau korang nak try cakap kat sape-sape yang korang suka tu, boleh la try guna bahasa yang korang rasa orang tak faham :)

Next entry will coming

Like :)

Blog Cantik Entri Kosong

Blog template

Banyak blog-blog yang aku jumpa diorang edit dengan begitu cantik sekali, berwarna-warni, sekali buka siap ada lagu lagi, pergh memang sedap mata kita tengok blog dia memang cantik, secantik dengan tuan dia punya blog. Hehe.

Ada juga blog yang cantik, tapi tengok entri dia kosong atau dah lama tak update, mungkin dia sibuk atau busy kot, ok, tapi ada juga yang blog dia cantik, tapi dia update sebulan sekali je, saje sebab tak dak idea nak tulis. Mungkin banyak kot.

Bagi aku, blog tu cantik dengan pelbagai warna-warna yang menarik, so, sudah pasti entri dia pun cantik dan berseri-seri jugak kan? Lain lah macam blog aku ni, simple je, just guna simple pnya template, so kalau aku taip entri yang tak berguna macam ni pun orang tak kata apa-apa kan. :)

Kepada blog yang cantik-cantik tu, rajin-rajin lah ringan jari untuk tulis apa yang terlintas kat fikiran, barulah jadi cantik luar, cantik dalam kan? Aku nak nasihat orang, tapi blog aku pun entah ape-ape..hihi

Lupe lak, kalau korang nak blog template yang cantik-cantik leh tengok kat SINI ataupun kat SINI cantik juga. Tapi aku lebih selesa pakai simple punya template, lebih cepat dan senang

Ok itu sahaja entri kali ini. Entry seterusnya akan menyusul..

Like? :)

Percaya selagi termampu


Tengok gambar di atas, walaupun kereta keluaran baru yang lagi canggih dari biasa pun dan ada kat pasaran, tapi orang atas tu masih lagi gunakan kereta lama dia, gambar kat atas ni entah la kat area mana aku pun tak tau la tapi dia guna kereta dia dengan cat yang kurap dan keadaan yang lusuh, tapi kereta tu boleh bejalan seperti biasa.

Bukan nak cerita pasal kereta, tapi contoh ja, sama macam orang juga, aritu kita ada dengar ada seorang remaja yang kemalangan jalan raya dan telah hilang kekacakan dia. Pada waktu dia hensem dulu, dia ada teman wanita yang sangat setia dengannya, ceh..kata dia akan sehidup semati la walau apa pun terjadi. Konon la'..=_=.

Lepastu, lelaki tersebut telah membuat operation dekat mulut dia dan rupanya yang cantik telah menjadi berlainan dari yang asal, kemudian dia memberitahu bahawa teman wanitanya itu telah tidak mau menjadi kekasihnya lagi. (Tadi kata sehidup semati). Tapi setelah dia mintak putus dengan lelaki tersebut, bolehkah kita anggap dia menepati janji-janji tu?

Dalam hal ini, kita dah nampak kan pompuan tu hanya menyukai orang yang hensem, bukan menyukai hatinya. Tapi kita tak leh menunding kat dia saja, perlu la berfikir positif,  mungkin ada penyebab lain yang menyebabkan dia terpaksa melepaskan laki tu kan?

Cerita ni berlaku tahun lepas kot, masuk dalam rancangan tv3 mungkin

Moral dia, janganlah kita menjanjikan sesuatu yang belum pasti kita boleh lakukan.(Couple)
Kahwin dulu baru lah janji macam-macam yer. (:-)

Ustaz yang Paling Best


Sapa kenal dengan Ustaz Azhar Idrus?Mesti ramai yang kenal kan, yang tak kenal pun mesti ada jugak kan?
So, sape-sape yang tak pernah dengar lagi ustaz ni ceramah, boleh la try dengar ustaz ni ceramah macamna.
Mula-mula dulu ada jugak orang suh dengar, tapi ingatkan ceramah biasa jer, tapi lepas dengar ustaz ni ceramah,
rasa macam nak dengar selalu lah pulak, sebab Ustaz ni suka berceramah sambil bergurau senda.
Hehe
Kekadang dengar ustaz ni ceramah dalam youtube pun boleh tersenyum seorang diri :)
Cuba lah dengar, sambil kita berhibur, dalam masa yang sama kita dapat Ilmu yang berguna kan?
Video kat atas tu salah satu ceramah ustaz azhar try cakap loghat utara.Agak terhibur.

Then lepas ni boleh la try search kat youtube cari Ustaz ni pastu dengar dia ceramah yer. Banyak ilmu yang berguna dia dah rungkaikan.
Ok
Assalamualaikum :)

Like ler :)

Pakar gunting rambut

(Mesin gunting rambut)
Haha, tajuk tak boleh belah, pakar gunting rambut, sapa dia tu pakar gunting rambut tu? korang kenal ke?aku pun tak kenal, aku saja letak tajuk pakar gunting rambut, tapi aku tak tau la dia ni pakar ke tidak dalam bidang gunting rambut ni, Tipu kot.

Harini aku menjadi pakar gunting rambut sebab aku beli mesin gunting rambut, pergh, dahyat pasni mesti ramai yang nak gunting rambut kat aku kan, haha, tadi aku dah try gunting rambut dua orang sepupu aku yang kecik, memang pakar la, kepala budak tu nampak bulat ja daripada rambut panjang terus jadi rambut askar. =_=, naseb bek tak nampak pelik haha.

Baiklah, sapa-sapa yang nak jadi askar tu boleh jugak aku tolong gunting rambut korang tu, korang leh la panggil aku untuk gunting rambut korang tu, mau ker..hihi
 Setakat itu sajalah kot entri aku tentang pakar gunting rambut ni. Next entry akan menyusul, jangan ketinggalan.. 

Ha, itu pun kau nak cerita dalam blog kau ka? 
Dah nama pun blog, cerita je la apa pun, aku yang taip guna jari aku, bukan jari korang pun kan, hahha.. Jangan Marah yer..Gurau :)

Mula dari Bawah

Assalamualaikum, hari ni aku tulis blog ini dengan bermulanya dari bawah ataupun dalam erti kata lain, baru buat blog, walaupun aku dah ada banyak blog sebelum ini, tapi aku nekad untuk buang semua blog-blog aku yang banyak tu demi untuk tumpu pada satu blog saja. (Banyak-banyak pening kepala, kalau banyak idea tak pa la, aku bukan pandai sangat..haha )

Untuk pengetahuan semua, lebih dari 10blog aku ada dan aku tak dapat nak tumpu kesemua tu dalam satu masa maka blog aku yang banyak-banyak tu jadi tak terurus dan jarang untuk diupdate, jadi tindakan aku untuk delete semua blog-blog itu semua adalah sangat bernas kerana lepas ni aku dapat menumpu penuh perhatian kepada blog ini dengan lebih masa.

Kenapa mula dari bawah?, biasa la, kalau kita nak buat satu-satu benda kan kita kena mula dari bawah, tak boleh terus-terus nak up kan?nanti kita jugak yang susah, dan buat masa sekarang aku cuba untuk tidak membuat blog banyak-banyak dan aku akan tumpu pada satu saja.

Jadi setakat itu lah saja entry kali ini, yang tak mempunyai sebarang gambar, hanya tulisan yang datang dari minda yang kosong ini, ada masa akan aku tulis lagi post-post yang berikutnya.

Jadi kalau korang semua ada banyak-banyak blog tu, tiru lah macam aku, delete dan buat semula yang baru, dengan cara ni pasti kita jadi rajin nak update selalu kan..hehe

Bersambung lah ye..... :)

Antara Link-link luar yang menarik