Blog aku pernah wujud zaman dulu?

Assalamualaikum.

Harini aku terasa agak hairan dan terkejut, sebab aku ada pasang alexa site info untuk blog baru aku ini, so lepas aku pasangkan site info tu, aku mendapati telah ada 31 links in dekat blog aku, sangat terkejut sedangkan blog aku baru di buat beberapa hari lepas.

Lepas daripada itu, aku juga cuba untuk menggunakan google untuk cek samada betul atau tidak blog aku ni di links in kan kepada website atau blog-blog lain dan hasil carian adalah seperti di atas. Blog Ini memang pernah wujud sebelum aku register semula blog ini dengan nama aku. memang sangat pelik.

Setahu aku lah, setiap blog yang kita delete, sudah tentu google tidak akan bagi kita guna semula nama domain tersebut kan?sebab aku punya blog sudah delete banyak, tapi aku cuba untuk register semula dia kata "Sorry, the blog at .....blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs.

Jadi setelah aku lihat semula di dalam google dengan lebih teliti, aku dapat mengesan pemilik lama blog ini orang Malaysia juga mungkin dan berada di Lubnan..Huhu. Dan mungkin dia masih baru delete blog ini, sebab banyak site link berada pada tahun 2010. Kurang dari satu tahun.

Harap nanti kalau dah follower ramai jangan la google delete pulak blog aku kan?

Dan kepada pemilik lama domain Inblog2share.blogspot.com ni, 
saya harap anda tidak lah pula mengklaim semula blog ini. Saya cuma register disebabkan adress blog tersebut boleh didaftarkan dan available maka saya pun telah mendaftar dengan cara biasa. 
:)

Terima Kasih.

4 comments:

kella said...

ini msr kan?
link blog ni memang ada dalam list kita dari dulu.. so tadi bila berupdate kita saja lah klick kan.. tapi tengok macam blog baru je..
ini msr kan? orang yang sama ke,, atau apa.. hmmm konpiud jap! =)

Razz said...

Bukan la..ini orang lain la..MSR tu pemilik lama blog mungkin, tapi hairan jugak, mcamna lah blog ini boleh availabe untuk didaftar semula kn..harap nanti jangan diorang remove blog ni dah la..hehe..Tapi sy tak tau pun MSR tu sape.Cuma jumpa dlm google je..Harap juga MSR tu tak claim blog ni.. =)

Anonymous said...

sy ada mengikuti blog MSR tu.. dia org mesia and ada misi kat lubnan masa tu,.. pastu hampir sethn lebih sy gagal cari blog dia. tetiba arini sy jumpa balik inblog2share...ingtkan ini blog msr..

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

Antara Link-link luar yang menarik