Posts

Showing posts from May, 2020

Harga Minyak pada 30 Mei 2020

Image
Harga minyak pada 30 Mei 2020 adalah seperti di bawah berdasarkan dari mysumber. p/s: "Setelah beberapa lama harga minyak turun pada harga terendah oleh kerana PKP / MCO, namun semenjak beberapa minggu ini, harga minyak kembali naik selepas Kerajaan mengumumkan PKPB, walaubagaimanapun, harga minyak sekarang masih lagi murah berbanding sebelum PKP dilaksanakan dan masih di bawah RM1.50 seliter"

Kes Covid-19 pada 29 May 2020 di Malaysia

Image
Kes Baharu Hari ini = 103 Jumlah Kes Keseluruhan = 7,732 Kes yang Masih Aktif = 1,382 Kes Sembuh Hari ini = 66 Kes Sembuh total = 6,235 Kematian Total = 115 p/s "Kes meningkat pulak hari ini, tetapi kebanyakan yang positif di kalangan bukan warganegara, manakala hanya 12 sahaja yang melibatkan warganegara pada hari ini"

Tun Dr Mahathir dipecat dari Parti Bersatu

Image
SHAH ALAM - Lima ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat daripada parti itu serta-merta hari ini. Berdasarkan surat pemecatan yang dikeluarkan parti itu, selain Dr Mahatir yang juga bekas pengerusi Bersatu, turut dipecat ialah Timbalan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Tiga pemimpin lain yang dipecat keahlian ialah Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah yang dilihat sehaluan dengan Dr Mahathir. Kelima-lima mereka dipecat atas alasan duduk di kerusi pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu. Mereka tidak duduk di bangku blok kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri yang juga Presiden dan Pemangku Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pemecatan itu dibuat mengikut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu. Surat itu ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhai