Posts

Showing posts from 2013

Tegar sudah Pandai Kecek Kelate

Semua orang kenal si Tegar penyanyi lagu aku yang dulu bukan yang sekarang, tapi siapa pun tak pernah tahu yang dia boleh bercakap dalam loghat kelantan kan.? Jom kita dengar sendiri dia nyanyi lagu "aku yang dulu bukan yang sekarang" versi kelantan. Hehehe :P

Minyak Naik Semua susah

Image
Akibat kenaikan minyak dan harga barang asas yang lain seperti gula, Alien pun kena buat kerja sampingan untuk mencari rezeki. :P

Fesyen Baju Baru

Image

Ubat menaikkan berat badan

Image
Pil Ban Kah Chai Setelah beberapa lama mentelaah tentang ubat menaikkan berat badan dalam google dan forum-forum, ramai yang mencadangkan untuk makan pil ban kah cai ini bagi menaikkan berat badan, ada sapa-sapa yang pernah cuba pil ini tak?  Dalam forum-forum tersebut, ramai yang kata mereka berjaya menaikkan berat badan mereka dalam masa beberapa bulan sahaja. Tolong bagi testimoni sikit, adakah ianya berkesan atau pun tidak. :)

How to Convert JPG to VECTOR file

Image
How to convert image file like JPG, JPEG, BMP, or PNG file to VECTOR only using online software. Boleh try dengan klik di sini

Rambut yang Lawak

Image

Jangan Mainkan Isu perkauman

Image
Kita semua bangsa tak kira Melayu, Cina, India semuanya seperti ada dalam satu Kapal iaitu 1Malaysia dan ungkapan ini juga dijadikan slogan kata dalam negara kita iaitu Malaysia. Tetapi slogan 1 Malaysia itu hanya diungkapkan di mulut-mulut orang tertentu dan dalam media sahaja, apabila sekarang, ungkapan itu hanya tinggal kenangan kerana banyaknya berlaku isu-isu perkauman di kaca televisyen dan akhbar. Sedih melihat perkara sebegini. diharapkan perkara yang tak diingini tidak berlaku dalam negara kita.

BN Menang pada PRU 13

Image
Barisan Nasional telah mendapat mandat dari rakyat untuk menjadi kerajaan untuk masa 5 tahun lagi. walaupun Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan, namun kemenangan itu bukanlah satu kemenangan yang besar buat BN, dan kekalahan Pakatan rakyat juga bukanlah satu kekalahan yang memalukan, kerana sokongan kuat rakyat masih lagi berpihak pada pakatan rakyat dengan jumlah keseluruhan pengundi adalah banyak kepada PR.

5 Mei ini Penentu Masa Depan Negara

Image
Assalamualaikum semua, semua orang tahu, 5 mei ini adalah tarikh yang sangat penting untuk memastikan masa depan negara terus maju untuk memilih parti manakah yang layak menjadi kerajaan. Dianggarkan lebih kurang 42% pengundi pada tahun 2013 ini adalah pengundi muda. Dan ayuhlah kita semua anak muda bangkit untuk menentukan masa depan negara kita. Pilihlah calon-calon yang anda rasa layak untuk menjadi wakil kepada kita (Wakil rakyat). Buatlah pilihan yang tepat semasa mengundi nanti.

Macai Jerit Bontot apabila ayat Quran dibaca

Image
Lihat video di atas, apabila Anwar Ibrahim sedang memberikan ceramah dan membacakan ayat Quran, namun beberapa kerat manusia di bawah sana sedang menjerit perkataan "Bontot" "Bontot". Sungguh keji dan hina perangan mereka, walaupun kita tak suka kepada individu2 tertentu, tapi apabila mereka sedang membacakan ayat Quran, bukankah ada baiknya diam sebentar? Lagipun mahkamah sudah buktikan yang Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam kes liwat tersebut.

Choco Cooky font untuk galaxy Y dan Android

Image
Jeles tengok member-member anda pakai android 4.0 keatas dengan menggunakan font menarik iaitu choko cooky? tapi android bawah 4.0 seperti galaxy Y tidak mempunyai font tersebut,  Jangan risau kali ini saya akan upload font choco cooky dan anda boleh menggunakan font yang menarik tersebut. First sekali, download la file tersebut dulu dekat bawah ni DIRECT DOWNLOAD kalau link atas tak leh guna, sila guna link bawah. DOWNLOAD CHOCO COOKY MEDIAFIRE Lepas install font tersebut, pergi ke ; SETTING > DISPLAY > SCREEN DISPLAY > FONT STYLE > dan pilih font choco cooky kemudian restart phone anda. Tadaa.. Font telah bertukar. Selamat Mencuba :)

Subhanallah Tiram Bersama Mutiara

Image
Subhanallah, ciptaan Allah, dalam tiram ada mutiara yang cantik.

Mulakan Bisnes dengan Modal yang Rendah

Image
Salam sejahtera, hai harini saya hendak promosikan sedikit tentang bagaimana hendak kita memulakan perniagaan secara kecil-kecilan samada dari bisnes printing hinggalah kepada bisnes makanan. Jom kita tengok dulu kat bawah ni.

Cara Nak Hack Wifi Orang dengan Beini

Image
Hai, hari ini saya ingin mengajar anda untuk Hack wifi router dengan menggunakan Beini software. Ianya amat mudah jika kita tahu sedikit sebanyak tentang software ini.  Mula-mula sekali download software ini di bawah DOWNLOAD Kemudian Download pulak UNetbootin untuk membuat bootable device menggunakan Pendrive anda, download di bawah. http://unetbootin.sourceforge.net/ Cara untuk membuat bootable pendrive boleh dirujuk di dalam video di bawah. Selepas itu, boot komputer atau laptop anda dengan menggunakan pendrive tersebut dan apabila keluar desktop beini, maka ikuti pula langkah-langkah di bawah ini.  Tutorial ini hanya di ajar untuk kegunaaan persendirian dan pelajaran.Jangan hack wifi orang lain tanpa pengetahuan dari tuan punya wifi. Saya tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan pada apa-apa alatan atau kecelakaan pada diri sendiri sekiranya anda mengikuti tutorial ini. Sekian terima kasih.

Padam Sesuatu file Yang Tak Boleh Didelete

Image
Ok, Ada beberapa kawan bertanya saya kenapa sesuatu file tersebut tidak boleh di delete, contohnya seperti gambar di bawah. Jadi cara yang paling mudah untuk padam file tersebut adalah menggunakan software yang diberi nama unlocker, dengan software ini, anda tidak perlu lagi login ke dalam windows SAFE MODE untuk delete file yang tidak boleh dipadam itu. Untuk download file ini, sila klik butang di bawah. Disamping itu, iklan nuffnang disebelah pun try la ushar2 sama. Thanks :) DOWNLOAD UNLOCKER

Cara Remove .SCR virus

Image
Apa itu SCR virus? Scr virus adalah sejenis virus computer yang berjenis trojan. salah satu effect yang akan berlaku sekiranya virus ini berjangkit di komputer anda ialah akan effect pada screen saver, zip file dan kadang-kadang akan effect pada exe file. Beberapa jenis antivirus juga kadang-kadang tidak mampu untuk membuang virus ini sepenuhnya kerana virus ini adalah jenis write protected. Dan tidak boleh didelete melainkan format sahaja. Di sini saya ingin menunjukkan cara untuk membuang virus tersebut tanpa mengganggu file-file lain. ikut step ini satu persatu 1. Restart komputer/laptop anda dalam "SAFE MODE". Ini boleh dilakukan dengan menekan butang F8 semasa screen hitam keluar sebelum masuk ke Windows. 2. Selepas Masuk ke ke Safe Mode (Windows in safe mode), pergi ke " Computer \ C:\WINDOWS\system  "                                      3.Cari file name yang bernama  WINLODR.SCR dan delete file tersebut. 4. Restart Laptop/pc

Adobe Photoshop CS5 free Edition

Image
Dapatkan photoshop yang terbaru, tak perlu install, cuba download dan terus run, saiz juga tidak terlalu besar, iaitu sekira 64mb sahaja, jadi, ianya amat menjimatkan disk space laptop/pc anda, jom download sekarang, buat masa sekarang, tiada masalah yang berlaku semasa menggunakan software ini. DOWNLOAD DISINI (Lepas klik, akan muncul iklan selama 5 saat, klik skip ads dan teruskan download)

Lirik Lagu Harapan Hyper Act

Bicara mimpi itu Mengheret ku ke dasar Gelap tangannya menggapai tangan ku Dan munculnya dirimu Di pinggir laman itu Hangatmu menyambut ku kembali Dan ku mengerti, Mengapa masih berdiri, Hadirnya siang berteman mentari, Dan ku bersama, Bintang malam mu mencari kasih ku

Lirik Lagu dari Shae - Sayang

Sayang apa khabar dengan mu Di sini ku merindukan kamu Ku harap cinta mu takkan berubah Kerna di sini ku tetap untukmu Sayang apa khabar dengan mu Cobalah kamu telepon diriku Ku rindu dengar suara indahmu Kerna dirimulah semangat hidupku Sayang dengarlah permintaan ku Jangan ragu kan cintaku Sayang percayalah apa kataku Kerna ku sayang kamu Sayang dengarlah permintaanku Jaga hatimu untukku Sayang dengarlah bisikan hatiku Kerna ku sayang kamu [Ulang dari awal] Sayang dengarlah permintaan ku Jangan ragu kan cintaku Sayang percayalah apa kataku Kerna ku sayang kamu Sayang dengarlah permintaanku Jaga hatimu untukku Sayang dengarlah bisikan hatiku Kerna ku sayang kamu Jangan ragukan cintaku Percaya sayangku Jaga hatimu untukku Ku menyayangimu Semangat hidupku Ku tetap untukmu Cintaku selalu milikmu