Posts

Showing posts from January, 2014

Lawak Bohong : Asal usul cara Harimau Berjalan

Image
Ini Cerita Tipu Kita semua tahu bahawa harimau haiwan yang ganas dan makan daging-daging, namun kita tak pernah tahu hakikat bahawa asal usul dan cara asal harimau berjalan , Tahukah anda, pada dahulu kala, harimau berjalan dengan menggunakan 2 kaki, namun setelah berlaku peredaran masa, harimau telah berjalan dengan menggunakan 4 kaki. Lihat gambar di bawah. (Hanya sekadar lawak bodoh) haha

Hari Kangkung Sedunia

Image
Tahukah anda, hari ni adalah hari kangkung sedunia , seluruh facebook telah dipenuhi dengan post-post tentang kangkung. sehinggakan ada yang buat troll dekat Burger dan namakan burger tersebut McKangkong... Walaupun begitu, namum agak lawak. haha..

Lawak Bohong : Bagaimana Awan Menghasilkan Hujan

Image
Ini adalah cerita lawak bohong, Tahukah anda, hujan adalah air yang datang dari awan, tapi bagaimana awan menghasilkan hujan kita tidak pasti, di sini saya ingin menunjukkan teori dimana awan akan menghasilkan huja n melalu 3 cara di bawah. Maka dengan itu, terhasillah hujan yang mencurah-curah ke bumi. Air hujan itu adalah air kencing awan yang terkejut oleh rakan-rakannya. Hahaha..  (sekadar gurauan)

Masa Yang Cepat Berlalu

Image
Tahukah anda, masa sekarang sangat cepat berlalu, dan tahun ini mungkin lebih cepat berlalu berbanding dengan tahun-tahun yang sudah, sedar atau tidak, kita baru sahaja menyambut tahun baru 2014 kan? tapi sekarang sudah dekat setengah bulan kita melalui tahun baru, dan sudah nak sampai hujung bulan 2014 kumudian akan datang pula bulan 2. Dan dengan masa yang berjalan pantas juga membuatkan kita menjadi lebih tua dengan cepat. Walaupun kadang-kadang kita rasa takut dan tak boleh terima kenyataan tersebut, tapi kita perlu terima hakikat bahawa akhir zaman ini memang masa akan berlalu dengan cepat sekali. Jadi, terima saja keadaan ini. Apa yang kita perlu lakukan adalah "Sediakan payung sebelum hujan" ..(Peribahasa).

Isu kalimah Allah oleh Ustaz Robby bekas Mubaligh Kristian Azizi

Image
Isu kalimah Allah oleh Ustaz Robby bekas Mubaligh Kristian Azizi Dengarkan penjelesan beliau

Lelaki Mengandung

Image
Lelaki Mengandung Seorang lelaki gemuk naik keretapi. Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba-tiba dia berasa ada yang menyondolnya lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo.. ada seorang perempuan mengandung sedang berdiri. Melihat perempuan itu maka lelaki gemuk itu bertanya.. Lelaki Gemuk: "Hai, akak mengandung ya?" Ibu Mengandung: "Takdelah! Sudah tahu tanya lagi." (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya) Lelaki Gemuk: "Dalam tu ada orang kan kak?" Ibu Mengandung: "Ya!" (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya) "Encik pun Mengandung ya?" Lelaki Gemuk: "Ya! Hahahahaaa!!" Ibu Mengandung: (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, dia bertanya lagi) "Dalam perut tu ada orang kan?" Lelaki Gemuk: "Bukan orang, tapi anak gajah! Hahahaa!! " Ibu Mengandung: (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa) Lela

Surah Ruqyah Mengubat Gangguan Jin

Image
Assalamualaikum,  hari ni blog jejari nak kongsi sedikit tentang surah ruqyah dan gangguan jin. Kita tak sedar jin boleh mendampingi kita, samada dari gangguan jin sendiri ataupun perbuatan sihir dari pihak orang lain, dengan ini, saya ingin berkongsi surah ruqyah syariah yang mana, dapat membantu kita mengubati penyakit-penyakit yang berkaitan dengan makhluk halus. Apa yang perlu anda lakukan, download sahaja surah ini dan dengar mp3 ruqyah ini melalui earphone dan hayati surah tersebut sambil pejamkan mata. Download MP3 Ruqyah di sini Download PDF surah Ruqyah di sini

14 Januari 2014 Hari Bersejarah

Image
Assalamualaikum semua, walaupun lama tak update blog, dan kekadang saja rajin update, tetapi blog jejaripandai tidak pernah melupakan blog ini, Dengan ini, blog jejari juga ingin mengucapkan selamat tahun baru, walaupun sudah dekat seminggu kita masuk di tahun baru 2014 . (Semua dah tua kan). Haha. Ok lah, tapi dalam masa yang sama, saya juga disini ingin mengucapkan selamat menyambut Hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang jatuh pada awal tahun baru iaitu pada 14 Januari 2014 , Bulan yang pertama dalam kalendar masihi. Salam Maulidur Rasul untuk semua sahabat dan pembaca blog ini. Maulidur rasul 14 Januari 2014