Blog Cantik Entri Kosong

Blog template

Banyak blog-blog yang aku jumpa diorang edit dengan begitu cantik sekali, berwarna-warni, sekali buka siap ada lagu lagi, pergh memang sedap mata kita tengok blog dia memang cantik, secantik dengan tuan dia punya blog. Hehe.

Ada juga blog yang cantik, tapi tengok entri dia kosong atau dah lama tak update, mungkin dia sibuk atau busy kot, ok, tapi ada juga yang blog dia cantik, tapi dia update sebulan sekali je, saje sebab tak dak idea nak tulis. Mungkin banyak kot.

Bagi aku, blog tu cantik dengan pelbagai warna-warna yang menarik, so, sudah pasti entri dia pun cantik dan berseri-seri jugak kan? Lain lah macam blog aku ni, simple je, just guna simple pnya template, so kalau aku taip entri yang tak berguna macam ni pun orang tak kata apa-apa kan. :)

Kepada blog yang cantik-cantik tu, rajin-rajin lah ringan jari untuk tulis apa yang terlintas kat fikiran, barulah jadi cantik luar, cantik dalam kan? Aku nak nasihat orang, tapi blog aku pun entah ape-ape..hihi

Lupe lak, kalau korang nak blog template yang cantik-cantik leh tengok kat SINI ataupun kat SINI cantik juga. Tapi aku lebih selesa pakai simple punya template, lebih cepat dan senang

Ok itu sahaja entri kali ini. Entry seterusnya akan menyusul..

Like? :)

Comments

Zul fattah said…
relex sudah.. blog aku biase2 je.. haha..

Popular posts from this blog

Clash Of Clans Gem Hack

Petua Berkesan Membuang Ketuat Di kaki

Otak akan cerdas kalau tulis jawi