Percaya selagi termampu


Tengok gambar di atas, walaupun kereta keluaran baru yang lagi canggih dari biasa pun dan ada kat pasaran, tapi orang atas tu masih lagi gunakan kereta lama dia, gambar kat atas ni entah la kat area mana aku pun tak tau la tapi dia guna kereta dia dengan cat yang kurap dan keadaan yang lusuh, tapi kereta tu boleh bejalan seperti biasa.

Bukan nak cerita pasal kereta, tapi contoh ja, sama macam orang juga, aritu kita ada dengar ada seorang remaja yang kemalangan jalan raya dan telah hilang kekacakan dia. Pada waktu dia hensem dulu, dia ada teman wanita yang sangat setia dengannya, ceh..kata dia akan sehidup semati la walau apa pun terjadi. Konon la'..=_=.

Lepastu, lelaki tersebut telah membuat operation dekat mulut dia dan rupanya yang cantik telah menjadi berlainan dari yang asal, kemudian dia memberitahu bahawa teman wanitanya itu telah tidak mau menjadi kekasihnya lagi. (Tadi kata sehidup semati). Tapi setelah dia mintak putus dengan lelaki tersebut, bolehkah kita anggap dia menepati janji-janji tu?

Dalam hal ini, kita dah nampak kan pompuan tu hanya menyukai orang yang hensem, bukan menyukai hatinya. Tapi kita tak leh menunding kat dia saja, perlu la berfikir positif,  mungkin ada penyebab lain yang menyebabkan dia terpaksa melepaskan laki tu kan?

Cerita ni berlaku tahun lepas kot, masuk dalam rancangan tv3 mungkin

Moral dia, janganlah kita menjanjikan sesuatu yang belum pasti kita boleh lakukan.(Couple)
Kahwin dulu baru lah janji macam-macam yer. (:-)

Comments

Popular posts from this blog

Clash Of Clans Gem Hack

Petua Berkesan Membuang Ketuat Di kaki