Posts

Nak dekat Raya Haji

Image
Assalamualaikum w.b.t Baru saja rasa macam lepas raya puasa, dan sekarang dah masuk musim haji, tak lama lagi raya haji lah pulak, apa-apa pun, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam di seluruh dunia.

Blog Update Lagi

Sudah Lama tak update blog, tiba-tiba pula rasa nak update blog, walaupun sekarang ni busy dengan pelbagai kerja, saya terpaksa juga meluangkan masa untuk blog jejari ini supaya blog ini tidak menjadi usang dan terbiar. Haha. Daripada post yang sebelum ini, saya menghitung beberapa hari lagi untuk raya iaitu 25 hari lagi untuk raya, dan sekarang sudah berbelas hari kita menyambut Hari raya, tapi saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada pembaca dan peminat blog. Walaupun blog ini jarang diupdate, tapi doakan saya semoga sentiasa dapat ilham untuk update blog ini selalu.  Ok Thanks dan Selamat Hari Raya Adilfitri Maaf Zahir dan Batin. :)

25 Hari Lagi Hari Raya

Image
Sedar atau tidak kita suda berada dalam bulan Ramadhan dan sekarang telah masuk hari yang ketiga kita berpuasa, alangkah cepatnya terasa, rasa baru seperti beberapa bulan yang lepas kita meninggalkan ramadhan kemudian bulan tersebut muncul kembali. Harap Ramadhan kali ini kita semua dapat puasa penuh untuk sebulan. Kali ini baru second time berpuasa dalam bekerja, sebelum ini berbuka dalam belajar hehehe.. Ok, setakat tu je post kali ini. Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa. :)

29 Hari lagi Bulan Puasa

Image
Dari bulan ke bulan, akhirnya sudah hendak sampai semula ke bulan puasa, masa yang berlalu tak terasa pun, sungguh cepat waktu berjalan sekarang ini.

Saper pernah buat?

Image
Lama gile tak update blog, biasa la, tak de masa untuk update, hari-hari busy, time tak busy pulak asyik dok buka facebook, kali ni nak kongsi sikit gambar di bawah ini. Saper pernah alami situasi macam ni..?hehehe.. credit to : Himpunan Cerita Lawak

Google Ada Zip

Image
hari ni buka saja google terus keluar zip.

Otak akan cerdas kalau tulis jawi

Image
Assalamualaikum, nak cerita sikit tentang cara-cara untuk mencerdikkan otak kita, sekarang kita menulis menggunakan tangan kanan kan? tapi kita menulis menggunakan tulisan roman, iaitu menulis dari kiri ke kanan bukan? yang menggunakan aksara A-Z yang direka oleh orang putih. Cuba kita lihat, kita adalah orang melayu, dan tulisan kita adalah tulisan jawi yang menggunakan aksara  ا -  ي dan tulisan tersebut ditulis dari kanan ke kiri, mari kita tengok tulisan di bawah. " Saya Pandai Menulis" ini ditulis menggunakan tulisan roman. dan permulaan itu bermula dari kiri dan diakhiri dengan kanan. "ساي ڤنداي منوليس" ini pula menggunakan tulisan jawi.dan permulaan dari kiri dan diakhiri dengan kanan. Tahukan anda, orang yahudi juga menggunakan tulisan "Hebrew" dalam penulisan mereka, tulisan mereka juga bermula dari kanan ke kiri, dan mereka masih menggunakan tulisan tersebut sehingga sekarang dari generasi ke generasi,. Sebab itu mereka ramai yang bijak-b...