Sekarang game clash of clan ni dah jadi trend orang sekarang, ramai yang mencari cara nak hack bagi dapat gem banyak-banyak, tapi setelah di cari dalam google, semuanya hampeh. Termasuk saya yang cuba mencari cara-cara nak bagi dapat gem banyak-banyak secara percuma. Cara paling senang nak dapat gem banyak-banyak ni kena beli je la kan? Bagi siapa-siapa yang tahap gamers sejati, mungkin tak jadi masalah kot setakat nak beli gem tu kan? haha. Jom main game ni, Best.
Anda ada masalah ketuat di kaki? Ketuat di tempat lain mungkin anda tidak berapa kisah. Tapi jika ketuat tumbuh di kaki memang membuatkan anda rasa tidak selesa, tambahan pula apabila anda hendak berjalan. Kesakita terasa apabila tekanan kaki pada tanah. Saya juga pernah kena penyakit ini di kaki, pelbagai cara saya cuba untuk menyembuhkannya. Namun semua tak berhasil. Pada mulanya saya pergi ke klinik dan mencuba ubat duofilm, tapi ubat tersebut sangat lambat untuk membantu, malah membuat ketuat di kaki saya nampak lebih besar. Saya juga pernah menggunakan pengepit kuku untuk membuang ketuat tapi lepas beberapa minggu, tumbuh pula satu lagi ketuat yang baru, itulah bahayanya ketuat jika anda menggunakan pengepit kuku untuk membuang ketuat tersebut.hampir 5bulan ketuat menumpang di kaki saya. Haha.. Akhir sekali saya mencuba dengan cara tradisional iaitu dengan menggunakan bawang putih, Alhamdulillah, dalam masa 5hari ,kedua-dua ketuat tersebut telah hilang dan kaki terasa ama
Assalamualaikum, nak cerita sikit tentang cara-cara untuk mencerdikkan otak kita, sekarang kita menulis menggunakan tangan kanan kan? tapi kita menulis menggunakan tulisan roman, iaitu menulis dari kiri ke kanan bukan? yang menggunakan aksara A-Z yang direka oleh orang putih. Cuba kita lihat, kita adalah orang melayu, dan tulisan kita adalah tulisan jawi yang menggunakan aksara ا - ي dan tulisan tersebut ditulis dari kanan ke kiri, mari kita tengok tulisan di bawah. " Saya Pandai Menulis" ini ditulis menggunakan tulisan roman. dan permulaan itu bermula dari kiri dan diakhiri dengan kanan. "ساي ڤنداي منوليس" ini pula menggunakan tulisan jawi.dan permulaan dari kiri dan diakhiri dengan kanan. Tahukan anda, orang yahudi juga menggunakan tulisan "Hebrew" dalam penulisan mereka, tulisan mereka juga bermula dari kanan ke kiri, dan mereka masih menggunakan tulisan tersebut sehingga sekarang dari generasi ke generasi,. Sebab itu mereka ramai yang bijak-b
Comments