Tentera Yang Paling di takuti yahudi


Briged Izz ad-Din al-Qassam (كتائب الشهيد عز الدين القسام; dinamakan bersempena dengan nama Izz ad-Din al-Qassam, kadang kala diringkaskan kepada Briged Al-Qassam) ialah sayap bersenjata kepada pertubuhan sosial-politik Palestin, Hamas. Ditubuhkan pada 1992, di bawah penyeliaan Yahya Ayash, matlamat utama kumpulan tersebut ialah membina organisasi ketenteraan jelas bagi menyokong matlamat Hamas, yang pada masa itu berkait dengan menghalang perundingan Persefahaman Oslo. Dari 1994 hingga 2000, Briged Izz ad-Din al-Qassam melaksanakan beberapa serangan ke atas tentera dan orang Israel. Pada permulaan Intifada Kedua, kumpulan ini menjadi sasaran utama Israel. Kekuatan kumpulan dan keupayaannya bagi melaksanakan serangan rumit dan membawa maut mengejutkan ramai pemerhati. Briged Izz ad-Din al-Qassam mengoperasi beberapa sel di Tebing Barat, tetapi kebanyakannya telah dimusnahkan menjelang 2004 selepas sejumlah besar operasi Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di kawasan tersebut.[petikan diperlukan] Sebaliknya, Hamas mengekalkan kehadiran berkuasa di Genting Gaza, umumnya dianggap sebagai kubu kuatnya. Briged Izz ad-Din al-Qassam disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom.

2 comments:

mohd supiandy said...

If you wanna clash of clans advantage go to http://clashofclanshelper.com/ - you receive free Clash of Clans gems instantly! Everybody uses this now! (mmapxQEJqP)

mohd supiandy said...

I cant believe I found this just now: http://clashofclanshelper.com/ - you receive free Clash of Clans gems instantly! It really works! (3x3KC2yP51)

Antara Link-link luar yang menarik