Posts

Jom Dapatkan firefox 7

Image
Selain daripada pelbagai pengoptimuman dan pembetulan kesilapan, unsur yang paling penting di Firefox 7 adalah yang secara drastik mengurangkan penggunaan memori berbanding dengan versi sebelumnya yang mempunyai masalah dalam hal ini. Menurut Mozilla, pelayar baru  itu, satu pelan yang mengurangkan penggunaan memori sebanyak 20% -50% dan Firefox 7 akan boot dengan lebih cepat. Firefox 7 adalah tersedia dalam 70 bahasa untuk Windows, Mac OS X dan Linux, manakala syarikat itu akan mengumumkan Firefox versi mudah alih Android Jom dapatkan firefox di sini secara percuma

Blogwalking Software percuma

Image
Download Blogwalking software secara percuma dengan klik disini Ramai yang suka blogwalking dari satu blog ke satu blog kan?Tapi kekadang kita rasa bosan dan kekadang ada blog yang harini kita lawat, pastu esok kita lupa nak lawat blog dia, so dengan software ni kita tak lagi lupa untuk melawat blog mereka setiap hari, software ni sangat mudah digunakan, cuma copy setiap blog yang kita lawat dalam ni, pastu setiap kali kita nak lawat, cuma double klik saja tanpa perlu minimizekan browser anda. Boleh try dulu.

Menyelamatkan Anak Harimau

Image
Seekor anak harimau yang kecil hampir jatuh ke bawah gaung yang sangat tinggi dan tersangkut di tepi dinding gaung tersebut. Ibu harimau tersebut cuba untuk menyelamatkan anaknya yang terjatuh di dalam gaung tersebut. Klik Untuk Gambar Seterusnya : Beberapa ekor harimau lain juga turut cuba untuk menyelamatkan anak rakan mereka yang terjatuh itu, tetapi semuanya seperti takut mereka juga turut terjatuh. Dengan ketabahan yang ada pada ibu harimau tersebut, maka ia bertindak berani untuk mengambil anaknya yang jatuh dari gaung tersebut dan berjaya membawa anaknya naik keatas dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Ibu harimau tersebut mencium anaknya dengan penuh kasih sayang. Lihatlah betapa sayangnya harimau terebut terhadap anaknya yang hampir-hampir mati jatuh ke dalam gaung yang tinggi, mausia perlu mengambil pengajaran dari gambar di atas. :)

Lagi Aneh Lepas Pasang Link Within

Image
Aritu Hairan dengan links in yang ada kat alexa ranking yang dah di link sebanyak 31 site, dan kali ini lagi hairan selepas saya pasang link within kat blog ini,  kerana semua post yang saya tak pernah masukkan ada dalam link within tersebut, dan apabila saya klik link tersebut, maka  keluar page not found, huhu Blog aku Pernah Wujud dulu

Donat Percuma

Image
Sekali tengok donat di atas memang lazat, haha.. Saja upload gambar ni sebab harini aku dapat donut percuma. Pas ni nak makan KFC plak..Chow Dlu.. :)

Teknik menaip dengan laju

Image
Dibawah ini adalah gambar yang menunjukkan cara sebenar untuk menaip di atas keyboard dengan pantas, jika kita merasakan kita telah menaip dengan laju, sebenarnya kita salah jika kita tidak menggunakan sepenuhnya jari untuk menaip. Kebanyakkan kita hanya menaip dengan menggunakan 3 atau 4 jari sahaja. Amat jarang kita jumpa orang yang menggunakan kesemua jarinya untuk menaip. Jadi, kalau kita boleh membahagikan tugas kepada jari kita untuk menaip keyboard seperti gambar di bawah, maka kita boleh dikategorikan sebagai Genius :) Cuba korang taip guna kesemua jari korang kat atas keyboard, mesti tak selesa kan?Tak pun mesti jadi typo banyak, so, kena la praktis selalu baru cekap. Hehe

Blog aku pernah wujud zaman dulu?

Image
Assalamualaikum. Harini aku terasa agak hairan dan terkejut, sebab aku ada pasang alexa site info untuk blog baru aku ini, so lepas aku pasangkan site info tu, aku mendapati telah ada 31 links in dekat blog aku, sangat terkejut sedangkan blog aku baru di buat beberapa hari lepas. Lepas daripada itu, aku juga cuba untuk menggunakan google untuk cek samada betul atau tidak blog aku ni di links in kan kepada website atau blog-blog lain dan hasil carian adalah seperti di atas. Blog Ini memang pernah wujud sebelum aku register semula blog ini dengan nama aku. memang sangat pelik. Setahu aku lah, setiap blog yang kita delete, sudah tentu google tidak akan bagi kita guna semula nama domain tersebut kan?sebab aku punya blog sudah delete banyak, tapi aku cuba untuk register semula dia kata " Sorry, the blog at .....blogspot.com has been removed.  This address is not available for new blogs. Jadi setelah aku lihat semula di dalam google dengan lebih teliti, aku dapat mengesan pemilik la...