Teguran kepada Manusia

Assalamualaikum.
Setiap orang pernah melakukan kesalahan, dan begitu juga setiap orang pernah menegur orang lain. Apa yang saya hendak jelaskan disini ialah apabila kita menegur orang lain, mereka akan memaki atau memarahi kita. Contohnya, jika kita melihat seorang perempuan yang tidak menutup aurat kemudian kita cuba untuk menasihatinya, maka perempuan itu menjawab "kau ni ustaz ke, sampai nak tegur aku".?Itulah yang selalu terjadi di masa sekarang Samaada menegur di Dunia realiti ataupun dunia maya seperti laman sosial facebook dan lain-lain.

Banyak lagi tomahan-tomahan dan alasan-alasan yang diberikan oleh golongan ini untuk mengelakkan diri mereka dari dinasihati oleh orang lain, orang yang begini ialah orang yang sombong dan bongkak dan kadang-kadang orang itu tidak boleh menerima kenyataan jika sesuatu berlaku di depan mata mereka. Setiap kesalahan yang mereka lakukan itu mereka menganggap kesalahan itu adalah perkara yang baik dan dipandak mulia, dan jika dibiarkan berlanjutan maka rosaklah akhlak manusia.

Kesimpulannya, kita tak perlulah hingga menjadi taraf ustaz atau ustazah jika hendak menegur orang, cukup sekadar kita rasa benci terhadap keburukan.Budaya tegur menegur ini adalah budaya yang baik. Maka dunia kita akan sentiasa aman dan damai, tetapi sekarang, usahkan nasihat, jiran sebelah rumah pun belum tentu kita kenal bukan? Jadi, kalau perlu sampai menjadi ustaz baru kita boleh menegur atau menasihati orang, maka banyakklah orang yang terjerumus dalam dosa.

Begitu juga dengan orang yang menegur seseorang, janganlah kita menegur seseorang itu sehingga menyebabkan orang itu terasa dirinya dihina, sebaiknya gunalah akal untuk menegur dengan cara yang baik dan elok yang diajar oleh Islam. Dan jika setiap orang sentiasa hidup dalam tegur menegur dan nasihat menasihati ini, insyaAllah Negara kita bakal menjadi negara yang kuat dan aman.

Comments

INaseha said…
dan org yg ditgur tak perlulah melihat perangai org yg menegur, malahan amek ikhtibar dr teguran dia, bkn dari personaliti org yg menegur tu..:)
Nurrul Hazieqah said…
betul tuh.. tegur kena ada carnya.. tak boleh menyerbu aje.. tak pasal2 nanti kena tibai -,-
RHI said…
tak dinafikan orang sekarang memang payah menerima teguran kerana dengan teguran itu boleh memberi aib padanya...padahal sebaliknyakan??

InsyaAllah...selagi kita masih bersaudara sesama muslim ni..ingat mengingati sangat perlu
Apple Pearl said…
apple ni xla jg perfect kan..tapi pnah 1 hari tu,apple tegur kawan apple,yala,utk kbaikan dia jgkn..eh,kita pulak yg dibisingnya..so,whateverla apa yg nak jdi dgn dia..xnak dah kena maki..hidup dia yg atur,apple ni apala jg,skadar nak bg nasihat tp xditrima..huhuhu

Popular posts from this blog

Clash Of Clans Gem Hack

Petua Berkesan Membuang Ketuat Di kaki