Ingin Menjadi Blogger Terkenal


Anda ingin menjadi blogger terkenal? apakah tindakan yang anda harus lakukan?
Cara ini adalah cara sendiri yang belum lagi di praktiskan, tetapi kalau mengikut akal fikiran, cara ini memang berkesan dan dengan cara ini juga dapat menjadikan blog kita popular sekaligus dapat meningkatkan trafik dan pengunjung.

Antara cara-cara ingin menjadi blogger terkenal adalah kita janganlah segan dan malu untuk promosikan blog kita kepada sesiapa sahaja dengan pelbagai cara.

- Salah-satu caranya adalah dengan melekatkan sticker untuk nama blog kita di kereta kita sendiri, dan dengan cara ini, orang yang berada di belakang kereta kita besar kemungkinan mereka akan membuka link blog kita tersebut walaupun tak ramai, tapi mungkin akan ada juga.

-cara lain pula adalah dengan cara membuat satu flyer, tapi cara ini akan menghabiskan sedikit wang ringgit kita untuk print flyer dan diedarkan untuk orang ramai supaya melihat blog kita. Jangan kita malu untuk berjaya. :-P

- Setiap kali hantar mesej kepada rakan-rakan samada email atau SMS, sahabat handai, orang asing, letakkan signature blog kita di bawah, dan saya yakin, pasti ada jari-jari yang ingin buka blog kita itu bukan?

- Buat Name Card kita sendiri dan letakkan link blog kita didalam name card tersebut dan setiap kali anda bersembang dengan sesiapa sahaja serahkan namecard itu tanpa rasa segan dan malu.

- buat satu baju dan letakkan design nama blog kita, kalau boleh, hadiahkan beberapa helai baju tersebut dekat Awek atau Pakwe Korang, gerenti akan ada pengunjung juga satu hari nanti.

Kalau nak diceritakan tips untuk menjadi blogger terkenal ini, memang boleh sampai panjang berjela, jadi, biarlah setakat itu dahulu. Saya yakin dengan cara-cara di atas tersebut, dalam masa beberapa bulan sahaja blog kita akan mendapat pengunjung yang ramai tanpa disedari oleh kita. Kalau Tak percaya, kita boleh cuba dahulu. Yang penting semangat dan jangan ada perasaan segan untuk bertindak.



Comments

Unknown said…
jadi retis gitu..hehe
loVe puRpLe said…
heheh lawak je.. tapi if buat 4sure orang kate sewel (^-^)
xtahannyer tampal nama blog kt kete...hihi
Saya Disini said…
haha..lepas buat tu semua..kompem blog anda akan diserbu peminat2

Popular posts from this blog

Clash Of Clans Gem Hack

Petua Berkesan Membuang Ketuat Di kaki

Otak akan cerdas kalau tulis jawi