Hilangkan Stress Di tempat kerja

Gambar Hiasan

Assalamualaikum.
Sempena tahun baru ni, jom kita pegi jalan-jalan. Tak perlu duduk di rumah cuti-cuti ni. Kita kena ada masa untuk bersiar-siar supaya otak  kita jadi sihat dan cerdas. Kalau nak best lagi, pegi la melancong kat mana-mana supaya dapat menghilangkan stress atau tekanan. 

Lupakan hal semalam dan gantikan hal yang baru. 
Kalau yang bekerja tu, nak bagi hilangkan stress di tempat kerja, tak payah la sampai kat tempat kerja kita fikir tentang kerja, kat rumah pun kita fikir tentang kerja, sembang dengan kawan-kawan pun tentang kerja, duduk dekat rumah pun sembang pasal tempat kerja. Jumpa adik beradik pun duk cerita tentang kerja. Apa kes?Mereka seronok ke kalau kita cerita semua tu?Sudah tentu tidak. Malah kita sendiri pun akan rasa bosan dan terus mengalami Infinity Stress yang takkan pernah hilang.

 Jadi, tak perlu la sampai begitu teruk. Keja cuma di tempat kerja, luar dari tempat kerja tak perlu lagi fikir tentang kerja langsung, kita fikir pula tentang "apa nak makan malam ni", " nak pi jalan mana cuti ni" dan lain-lain yang menyeronokkan kita, maka dengan itu, hati kita sentiasa tenang dan selalu memikir ke arah hadapan. Apalah sangat kalau kita sentiasa cerita kat semua orang pun tentang kerja kita tu, kita tak dapat satu ringgit malahan sen pun. Lain la kalau kita ceritakan semua benda tu kat orang,  kemudian gaji atau pangkat kita naik mendadak tahap gaban, itu lain la ceritanya. Jadi, stress boleh menyebabkan kualiti hidup kita menurun, gantikan ia dengan senyuman tanpa bebanan. macam bawah ini 

OK
Setakat itu sahaja entry kali ini. Terima Kasih kerana sudi baca,

Cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa pun.
Hanya sekadar luahan hati.
:)
Apa-apa pun  Jom kita Makan Char koew teow dulu.
Yummy..Lazat..ada teringin nak makan tak?

Comments

Popular posts from this blog

Clash Of Clans Gem Hack

Petua Berkesan Membuang Ketuat Di kaki