Posts

Showing posts from 2012

Tarikh Unik yang Terakhir

Image
Hye, bertemu lagi di blog ini, di sini saya nak kongsi sikit perkara yang unik berlaku di dalam kalendar kita, lihat kalendar kita sejak tahun 2001 hingga tahun 2012 mempunyai no yang unik pada setiap tahun kerana mempunya tarikh seperti berikut 01/01/01 02/02/02 03/03/03 04/04/04 05/05/05 06/06/06 07/07/07 08/08/08 09/09/09 10/10/10 11/11/11 dan besok adalah tarikh unik yang terakhir dalam kalendar iaitu 12/12/12 dan tiada lagi tarikh seperti berikut pada tahun-tahun berikutnya. :) jadi, kalau nak adakan apa-apa event, buat la pada esok hari supaya menjadi tarikh yang bakal menjadi kenangan seumur hidup :P sekian terima kasih.

Aku suka kamera DSLR

Image
Assalamualaikum Dah jadi trend sekarang sapa-sapa saja keluar pi mana-mana tempat-tempat menarik pun, mesti orang akan amik gambar then upload kat facebook. Nak cantik lagi, tangkap gambar guna DSLR, memang terbaik kualiti gambar tu. Tapi biasa la, kamera ni kalau nak beli pun kena pikir 2-3 kali jugak. Harga pun riban-riban tapi kalau dah hobi and minat, semua tu jadi tak mustahil. Lepas ni, usaha untuk dapatkan kamera ni pulak sikit masa nanti InsyaAllah. :) aku yakin semua orang pun mesti suka kamera DSLR ni.

Sambutan Maal Hijrah

Image
Assalamualaikum, Post kali ini amatlah pendek sekali, iaitu saya ingin mengucapkan selamat menyambut maal hijrah kepada semua umat islam di seluruh dunia. Sekian Terima Kasih. Itu Saja. K Assalamualaikum.

Nak dekat Raya Haji

Image
Assalamualaikum w.b.t Baru saja rasa macam lepas raya puasa, dan sekarang dah masuk musim haji, tak lama lagi raya haji lah pulak, apa-apa pun, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam di seluruh dunia.

Blog Update Lagi

Sudah Lama tak update blog, tiba-tiba pula rasa nak update blog, walaupun sekarang ni busy dengan pelbagai kerja, saya terpaksa juga meluangkan masa untuk blog jejari ini supaya blog ini tidak menjadi usang dan terbiar. Haha. Daripada post yang sebelum ini, saya menghitung beberapa hari lagi untuk raya iaitu 25 hari lagi untuk raya, dan sekarang sudah berbelas hari kita menyambut Hari raya, tapi saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada pembaca dan peminat blog. Walaupun blog ini jarang diupdate, tapi doakan saya semoga sentiasa dapat ilham untuk update blog ini selalu.  Ok Thanks dan Selamat Hari Raya Adilfitri Maaf Zahir dan Batin. :)

25 Hari Lagi Hari Raya

Image
Sedar atau tidak kita suda berada dalam bulan Ramadhan dan sekarang telah masuk hari yang ketiga kita berpuasa, alangkah cepatnya terasa, rasa baru seperti beberapa bulan yang lepas kita meninggalkan ramadhan kemudian bulan tersebut muncul kembali. Harap Ramadhan kali ini kita semua dapat puasa penuh untuk sebulan. Kali ini baru second time berpuasa dalam bekerja, sebelum ini berbuka dalam belajar hehehe.. Ok, setakat tu je post kali ini. Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa. :)

29 Hari lagi Bulan Puasa

Image
Dari bulan ke bulan, akhirnya sudah hendak sampai semula ke bulan puasa, masa yang berlalu tak terasa pun, sungguh cepat waktu berjalan sekarang ini.

Saper pernah buat?

Image
Lama gile tak update blog, biasa la, tak de masa untuk update, hari-hari busy, time tak busy pulak asyik dok buka facebook, kali ni nak kongsi sikit gambar di bawah ini. Saper pernah alami situasi macam ni..?hehehe.. credit to : Himpunan Cerita Lawak

Google Ada Zip

Image
hari ni buka saja google terus keluar zip.

Otak akan cerdas kalau tulis jawi

Image
Assalamualaikum, nak cerita sikit tentang cara-cara untuk mencerdikkan otak kita, sekarang kita menulis menggunakan tangan kanan kan? tapi kita menulis menggunakan tulisan roman, iaitu menulis dari kiri ke kanan bukan? yang menggunakan aksara A-Z yang direka oleh orang putih. Cuba kita lihat, kita adalah orang melayu, dan tulisan kita adalah tulisan jawi yang menggunakan aksara  ا -  ÙŠ dan tulisan tersebut ditulis dari kanan ke kiri, mari kita tengok tulisan di bawah. " Saya Pandai Menulis" ini ditulis menggunakan tulisan roman. dan permulaan itu bermula dari kiri dan diakhiri dengan kanan. "ساي ڤنداي منوليس" ini pula menggunakan tulisan jawi.dan permulaan dari kiri dan diakhiri dengan kanan. Tahukan anda, orang yahudi juga menggunakan tulisan "Hebrew" dalam penulisan mereka, tulisan mereka juga bermula dari kanan ke kiri, dan mereka masih menggunakan tulisan tersebut sehingga sekarang dari generasi ke generasi,. Sebab itu mereka ramai yang bijak-b...

Engkaulah yang Satu

Image
Sangat Mendalam Maksud tersirat Dalam Lirik ni :) "Oh... siapalah diri aku ini Tanpamu.. dunia ku pasti tak berseri Dan hidup tak menjadi Kau bagiku... satu-satunya Padamulah ku meminta, ke bermanja Ku rindui, ku kasihi Di hatiku kau abadi 1 Dengan sinaran kasihmu Kian terancang dihupku Tiada lagi keraguan Kau bagiku kekuatan Mana jua ku berada Ditemani cahaya cinta Sejak dirimu ku dekati Diri ku ini ku kenali Hanya engkaulah sesungguhnya Tiada dua Di jernih kaca ku memandang Diri ku serba kekurangan Namun bagimu bukan itu jadi ukuran Melengkapi hidup kita Bukan harta, bukan nama, bukan rupa"

Meningkatkan Trafik blog dengan cepat dan pantas

Image
Semua orang mahukan traffik percuma untuk blog masing-masing kan? Lihat di bawah ini, baru 1 hari menggunakan website globalautosuft ni, dah dapat trafik percuma 49 pageview, apa yang perlu kita buat adalah daftar di website tersebut, kemudian masukkan url blog kita. Kemudian tunggu admin approve dan kita akan diberi satu link untuk surf secara automatik, ini bermakna, kita  klik link tu dan hanya tunggu ianya berjalan dengan sendiri dari satu blog ke satu blog tanpa membuat apa-apa. Lepas tu, kita akan mendapat pageview percuma dari orang yang sama-sama surf seperti kita. Buat masa ini, ramai yang menggunakan website ini untuk tingkatkan trafik, jadi, lagi lama kita surf, maka lagi ramai orang akan surf website kita, konsep dia, "aku layari blog kau, kau layari blog aku" tapi ini dilakukan secara automatik. kita Cuma perlu rajin surf sahaja untuk mendapatkan lebih trafik. Untuk daftar globalautosurf tu, boleh klik dekat banner bawah ni.

Minat Betul Dengan Kereta ni

Image
Walaupun agak mustahil untuk pakai kereta ni, tapi keinginan aku untuk pakai kereta ni memang dah ada dalam hati sejak azali lagi. Haha.

Cara padamkan timeline facebook

Image
Hai semua, kita semua pasti ada facebook sendiri kan? tapi facebook sekarang ni ditukarkan kepada facebook timeline, mesti ramai yang tak suka dengan facebook timeline ni kan?sebab dia loading untuk facebook timeline ini agak slow berbanding dengan facebook layout yang sebelum ini. Kekadang kita sendiri tengok pun semak je nampak. Tak best? tapi harini admin ada jumpa satu benda untuk kembalikan facebook timeline kepada facebook yang asal, ia adalah plug in untuk browser sahaja, walaupun begitu,  cuma kita saja yang nampak facebook kita seperti asal, orang lain akan nampak profile kita seperti timeline juga, tapi tak pa la, kita saja yang nak tengok kan? so, kalau nak try, boleh download plug in tu kan link bawah ni sini. Link Ini Then, lepas kuar tu, klik dekat browser yang hangpa pakai tu. Selalunya ramai yang guna mozila dengan google chrome ja. Klik tu pastu install ja plug in tu. lepas tu restart browser try klik tengok kat facebook hangpa tu. Tadaaa..Timeline dah hilang.

Bencana bencana di bumi

Image
Subhanallah, gambar-gambar di bawah ini adalah beberapa jenis bencana alam yang pernah melanda dunia kita pada beberapa tahun yang lepas dan gambar sempat ditangkap, Walaupun gambar tersebut kelihatan cantik, tetapi dalam bencana berikut, sudah tentu ia mengorbankan banyak nyawa. Klik gambar untuk besarkan gambar.

Suami Uruskan Kerja-Kerja Rumah? Jawapannya.

SOALAN: Saya membaca sebuah buku berjudul Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor karangan Datuk Syed Alawi Tahir al-Haddad, cetakan ketiga, tahun 1981, halaman 184-185. Buku ini menyatakan tidak wajib atas isteri menjalankan kerja-kerja seperti membersih rumah, mencuci pakaian, mengasuh anak-anak dan menyediakan makanan. Jika isteri melakukan semua itu, ia berhak menuntut gantian dengan harga sebagai upah. Kewajipan isteri, menurutnya, hanya taat dan menyerah diri kepada suami bagi memuaskan kehendaknya serta tinggal dalam rumah dan tidak boleh keluar tanpa izin. Soalan saya, benarkah pendapat ini? Setahu saya apa yang disebutkan itu bertentangan dengan amalan dalam masyarakat Melayu hari ini. Saya harap tuan jelaskan kewajipan sebenar suami, isteri sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran dan hadis. - JAWAPAN: Saya turut membaca buku berjudul Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor seperti yang disebutkan dalam soalan di atas. Buku ini merupakan himpunan fatwa Almarhum Datuk Syed Al...

Subhanallah Sungai Beku di atas Gunung

Image
Gambar sungai Beku 

Jepun cipta kobis tiruan

Image
Dulu dok sibuk sangat cerita tentang telur ayam buatan dari cina, sekarang ni kita tengok pulak cara-cara orang jepun buat kobis sendiri, tak perlu tanam kobis dah lepas ni, semuanya buat sendiri saja. hoho. Klik read more untuk seterusnya

Asal usul logo-logo dalam internet

Image
Berikut adalah logo-logo asal yang ada di dalam internet, samada ianya kebetulan ataupun kenyataan entahlah.

Ingin Menjadi Blogger Terkenal

Image
Anda ingin menjadi blogger terkenal ? apakah tindakan yang anda harus lakukan? Cara ini adalah cara sendiri yang belum lagi di praktiskan, tetapi kalau mengikut akal fikiran, cara ini memang berkesan dan dengan cara ini juga dapat menjadikan blog kita popular sekaligus dapat meningkatkan trafik dan pengunjung. Antara cara-cara ingin menjadi blogger terkenal adalah kita janganlah segan dan malu untuk promosikan blog kita kepada sesiapa sahaja dengan pelbagai cara. - Salah-satu caranya adalah dengan melekatkan sticker untuk nama blog kita di kereta kita sendiri, dan dengan cara ini, orang yang berada di belakang kereta kita besar kemungkinan mereka akan membuka link blog kita tersebut walaupun tak ramai, tapi mungkin akan ada juga. -cara lain pula adalah dengan cara membuat satu flyer, tapi cara ini akan menghabiskan sedikit wang ringgit kita untuk print flyer dan diedarkan untuk orang ramai supaya melihat blog kita. Jangan kita malu untuk berjaya. :-P - Setiap kali hantar mesej ke...

Kenangan Sekolah Rendah

Image
Klik gambar untuk besarkan Ya, ini dia gambar kelas aku masa darjah 6 kot rasanya, lupa pulak dah lama dah, lebih dari 10 tahun lepas pun haha. Tak sangka semua orang dalam ni muka comel-comel ja. Biasa la, semua baru darjah berapa. Mana satu gambar aku?cari la sendiri, tak mau tunjuk la. haha..Apa-apa pun, tengok gambar ni, teringin macam nak pergi balik zaman dulu-dulu, macam best ja kan? Tapi, apa-apa pun, masa yang berlalu tak akan dapat kita ulangi, cuma boleh tengok gambar ni saja la. :)

Himpunan 50,000 jemaah

Image

Sedapnya Picit Jerawat Paling Besar

Image
Pergh...memang besaq gila jerawat kat belakang badan kawan ni, kalah jerawat batu dah, haha..apa-apa pun, jom kita tegok dia buang isi jerawat dia banyak mana, memang sedap la orang yang tolong picit jerawat tu, keluar habis isi-isi jerawat dia. Apa-apa pun, jom kita tengok video ni, picit isi jerawat paling sedap di dunia. weeekkkk...

Lelaki Yang Setia

Image
Lelaki ini sangat setia menunggu kekasihnya dan berharap dirinya dapat di maafkan, namun tidak dipedulikan oleh kekasihnya itu. Walaupun dipujuk oleh beberapa orang, namun lelaki ini terus berlutut agar dirinya itu dimaafkan oleh kekasihnya. sumber : suarapeople.com

Selamat Tahun Baharu Cina

Image
Selamat Tahun Baharu Cina kepada bangsa Cina.

Manusia Selalu Sibuk

Image
Manusia di zaman sekarang selalu busy dengan tugasan harian, samada dari kanak-kanak sampai lah ke orang tua, memang tak lari dengan kesibukan-kesibukan. Budak-budak U, busy dengan mereka punya tugasan dan assignment, budak sekolah pulak busy dengan kerja sekolah, dan orang-orang yang bekerja pun kekadang busy juga, begitu juga dengan saya, busy juga tak sempat nak update blog ni. Tapi memberatkan juga jari ini untuk menaip blog ni. Wah, nak dekat raya cina dah, siapa-siapa yang ada member-member bangsa Cina tu, boleh la mintak buah limau kat diorang kan?tak pun boleh mintak angpau. Dapat gak $$ kan? :)

Teguran kepada Manusia

Image
Assalamualaikum. Setiap orang pernah melakukan kesalahan, dan begitu juga setiap orang pernah menegur orang lain. Apa yang saya hendak jelaskan disini ialah apabila kita menegur orang lain, mereka akan memaki atau memarahi kita. Contohnya, jika kita melihat seorang perempuan yang tidak menutup aurat kemudian kita cuba untuk menasihatinya, maka perempuan itu menjawab "kau ni ustaz ke, sampai nak tegur aku".?Itulah yang selalu terjadi di masa sekarang Samaada menegur di Dunia realiti ataupun dunia maya seperti laman sosial facebook dan lain-lain. Banyak lagi tomahan-tomahan dan alasan-alasan yang diberikan oleh golongan ini untuk mengelakkan diri mereka dari dinasihati oleh orang lain, orang yang begini ialah orang yang sombong dan bongkak dan kadang-kadang orang itu tidak boleh menerima kenyataan jika sesuatu berlaku di depan mata mereka. Setiap kesalahan yang mereka lakukan itu mereka menganggap kesalahan itu adalah perkara yang baik dan dipandak mulia, dan jika dibiar...