Posts

Showing posts from 2011

Hilangkan Stress Di tempat kerja

Image
Gambar Hiasan Assalamualaikum. Sempena tahun baru ni, jom kita pegi jalan-jalan. Tak perlu duduk di rumah cuti-cuti ni. Kita kena ada masa untuk bersiar-siar supaya otak  kita jadi sihat dan cerdas. Kalau nak best lagi, pegi la melancong kat mana-mana supaya dapat menghilangkan stress atau tekanan.  Lupakan hal semalam dan gantikan hal yang baru.  Kalau yang bekerja tu, nak bagi hilangkan stress di tempat kerja , tak payah la sampai kat tempat kerja kita fikir tentang kerja , kat rumah pun kita fikir tentang kerja , sembang dengan kawan-kawan pun tentang kerja , duduk dekat rumah pun sembang pasal tempat kerja . Jumpa adik beradik pun duk cerita tentang kerja. Apa kes?Mereka seronok ke kalau kita cerita semua tu?Sudah tentu tidak. Malah kita sendiri pun akan rasa bosan dan terus mengalami Infinity Stress yang takkan pernah hilang.  Jadi, tak perlu la sampai begitu teruk. Keja cuma  di tempat kerja , luar dari tempat kerja tak perlu l...

Makanan Ringan

Image
Assalamualaikum.. Wah, sekali tengok gambaq kat atas tu rasa lapar la pulak.  Tapi tengok je dah la yer. Kalau nak makan tu pegi la beli sendiri yer?hihihi Tapi ingat yer, nak makan benda-benda macam ni kena hati-hati sikit tau, jangan sampai terkena kolestrol tinggi sudah. Nak makan sekali sekala tu boleh la, kalau nak makan hari-hari tu, alamatnya tak sayang nyawa la.Hehe.. Tokey Kfc yang boleh makan KFC free tiap-tiap hari pun belum tentu dia nak makan kfc hari-hari kan? Jadi, jagalah kesihatan kita semua ye. Nasihat ni bukan untuk kawan-kawan je tau, tapi untuk diri saya sendiri. Ok, Setakat tu sahaja Entry utk kali ni . Ada masa nanti saya taip lagi ye... Thanks sebab baca blog ni... like jangan tak like =P

Blog ada Lagu

Image
Kekadang kita memang suka dengar lagu, tetapi tak payah la sampai nak letak lagu dalam blog kita tu kan?kekadang orang ni lain-lain sifat, ada yang suka dengar lagu, ada yang tak suka dengar lagu, so untuk bagi blog kita femes, better kita jangan letak lagu kan? Kekadang blog yang ada lagu ni agak lambat untuk loading, tambah-tambah orang yang pakai broadband yang slow tu. Kalau nak buka satu-satu blog tu, kena amik masa yang lama untuk show all satu page blog tersebut, So, kita tak payahlah letak widget-witget yang tak berapa penting seperti widget musik tu.  Tapi kalau dah rasa nak letak juga widget tu, better letak yang bukan autoplay punya, maknanya sesiapa yang rasa nak dengar lagu dekat blog kita tu dia perlu tekan butang PLAY terlebih dahulu, jadi sesiapa yang masuk dalam blog kita tak perlu lagi nak risau tentang gangguan musik atau lagu dalam blog kita itu kan? Just For Tips, My blog also not better than other Blog.,rite :)

Bayang-Bayang dan Fizikal Troll

Image
Ramai yang mengatakan bahawa bayang-bayang itu berwarna hitam.Contoh ayat, kita dihantui bayang hitam, so, mari kita lihat adakah benar bayang-bayang itu berwarna hitam/kelabu?  Lihat gambar Asal Dibawah. Pencil berwarna kuning dilindungi tengahnya oleh bayang-bayang krim rambut, mari kita lihat warna pencil yang tidak dilindungi bayang di bawah. Pensel memang berwarna kuning juga bukan? Jom kita tengok pula warna pensel yang dilindungi BAYANG di bawah. Warna pensel tersebut tetap berwarna kuning.bukanya HITAM atau KELABU. Kita Cuba pula dengan Mouse berwarna Kuning. Gambar di atas (mouse kuning dilindungi bayang HITAM/KELABU) mari kita Zoom warna asal mouse tersebut untuk lebih jelas. Lihat sebahagian mouse yang tidak terlindung bayang dan sebahagian lagi terlindung bayang. Tetapi warnanya tetap warna kuning juga dan bukannya Kelabu@grey / Bayang Hitam kan? Lihat pula gambar dibawah ini, warna mouse yang dikatakan KELABU akibat dilindungi B...

Antara Impian dan Realiti

Image
Setiap orang mempunyai impian masing-masing walaupun impian tersebut adalah mustahil untuk kita dapatkan, namun kita tidak boleh menyerah kalah untuk mendapatkannya, sebaliknya kita perlu mengejar impian tersebut walaupun jauh untuk dicapai.  Jika kita sudah pasti ianya tidak akan kita miliki, namun jika kita tidak mengejar impian tersebut, sudah tentu selamanya kita tidak akan miliki, tetapi kita perlu sedar, keajaiban boleh berlaku pada bila-bila masa dan jika kita bertuah, impian yang kita anggap tidak mungkin menjadi milik kita itu tidak mustahil akan menjadi milik kita suatu hari nanti. Keyakinan mampu mengubah seseorang

Facebook Timeline la Pulak

Image
Klik to enlarge Facebook ku dah bertukar jadi rupa bentuk yang lain dari yang lain. Facebook yang dipanggil timeline facebook, walaupun susunannya cantik, tapi tak best mata aku memandang facebook ni. Tapi macamna pun, ia hanyalah sekadar facebook ciptaan manusia yang boleh melalaikan kita. Aku ada facebook pun sebab dia ada fungsi chat, so kita boleh chat dengan orang yang online, tapi aku bukanlah kaki facebook. :) Jom Kita tengok facebook waktu mula-mula keluaq aritu. Memang berlain dari sekarang.

Kereta Badak

Image
Ada Pompuan ni dia ubah suai kereta dia jadi macam muka badak, memang kreatif jugak pemilik kereta ni. sempoi. Nak tengok. VIdeo Lebih lebih lanjut boleh tengok kat bawah ni. Hebat kan?

Toilet Sempoi

Image
Toilet sempoi yang memang susah jugak la nak jumpa kat tempat kita.

Manusia Spiderman

Image
Siapa kata spiderman tak wujud, ini dia, dekat india mari, spiderman tiang punya, haha..memang terbaik

Prank DI jepun sangat Pelik

Image
Lawak, Tengok je la...

Fifi Fairus Fuyoo

Image

Kek Double

Image
Sedap..

Banyaknya Makanan

Image
(Gambar Hiasan) Banyak gila makanan harini, sampai kenyang dibuatnya.  Syukur Alhamdulillah.

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan Ini saya ingin mengucapkan kepada semua umat islam di seluruh dunia dengan ucapan selamat hari raya aidiladha Maaf Zahir dan Batin :).. Semoga hari raya ini penuh dengan keceriaan dan kecantikan. Sekian..

Menyelam di dalam air dengan lama

Image
Dengan menggunakan teknik di bawah ini, anda boleh menyelam di dalam air seberapa lama yang anda suka kerana, pokok akan menghasilkan oxygen, dan memerlukan carbon dioksida, manakala manusia pula menghasilkan carbon dioksida dan mamerlukan oxygen, jadi, kedua-dua tersebut boleh digabungkan seperti gambarajah di bawah.. haha.. just For Fun 

Topi Kalis Peluru Versi Troll

Image
Jom kita cipta topi kalis peluru dengan harga yang murah dan berpatutan, dengan topi ini, sesiapa yang menembak kita menggunakan peluru besi tidak dapat kena kita kerana magnet yang berada di atas topi tersebut akan menarik peluru pistol. Maka dengan ini, kita akan selamat :). Troll Science..haha..

Bersantai Di tempat Paling Bahaya

Image
Jom Kita bersantai di tempat macam ni, Ada Berani tak? Tak dak keja betul diorang ni, tak dak penyakit saja cari penyakit, tapi macam menarik gak depa dok bersantai di tempat paling bahaya ni, Haha..

Jom Layan Cinta Muka BULU

Image
ENtah sapa punya idea la yang buat lagu cinta muka buku najwa latif bagi jadi lagu cinta muka bulu, hahaha..apa pun, memang style la jugak lagu ni,boleh dikategorikan sebagai lawak.

Cara Untuk Menjimatkan Minyak Kereta

Image
Sapa-sapa nak bagi jimat minyak kereta dia boleh la ubah suai kereta dia bagi jadi macam ni, gerenti jimat miyak. Haha. Lihat gambaq kat bawak :) Klik gambaq nak bagi besaq.

Cara untuk Kenakan Member anda

Image
Anda inginkan kening yang bersambung dan menarik, boleh guna cara di bawah ini, tapi untuk keselamatan, boleh try dekat member-member anda dulu. So, Sapa-sapa nak kenakan member boleh lah try guna cara ni, beli minyak rambut BON pastu sapu antara kening member-member anda time depa tengah tidoq buat benda yang sama tiap-tiap malam sampai cukup 3-4 bulan pastu tengok hasil dia. Haha.. Hahaha.

Lama tak menghadap Blog

Image
Hai, Assalamualaikum, pergh..lama gila tak menghadap blog,  Bukan apa, sekarang ni asyik busy je ngan kerja, haha. Tapi tak pe, saya akan try cuba sedaya upaya untuk update blog ini juga nanti yer. Haha.

Jom Download Window 8 Sekarang

Image
Ramai sekarang dari kita yang tengah guna window 7 kan? Tapi window 8 mesti ramai yg tak install lagi kat laptop atau pc anda semua kan?  Jom Download Window 8 sekarang dengan direct link download kat bawah ni.  Ada 3 Versi, lepas download kita kena burn dalam DVD, sebab fail ini dalam ISO, so kena ada software yang boleh burn ISO file ke dalam DVD. Windows Developer Preview with developer tools English, 64-bit (x64) DOWNLOAD (4.8 GB) Sha 1 hash – 6FE9352FB59F6D0789AF35D1001BD4E4E81E42AF All of the following come on a disk image file (.iso). 64-bit Windows Developer Preview Windows SDK for Metro style apps Microsoft Visual Studio 11 Express for Windows Developer Preview Microsoft Expression Blend 5 Developer Preview 28 Metro style apps including the BUILD Conference app Windows Developer Preview English, 64-bit (x64) DOWNLOAD (3.6 GB) Sha 1 hash – 79DBF235FD49F5C1C8F8C04E24BDE6E1D04DA1E9 Includes a disk image file (.iso) to install the Windows Deve...

Jom Dapatkan firefox 7

Image
Selain daripada pelbagai pengoptimuman dan pembetulan kesilapan, unsur yang paling penting di Firefox 7 adalah yang secara drastik mengurangkan penggunaan memori berbanding dengan versi sebelumnya yang mempunyai masalah dalam hal ini. Menurut Mozilla, pelayar baru  itu, satu pelan yang mengurangkan penggunaan memori sebanyak 20% -50% dan Firefox 7 akan boot dengan lebih cepat. Firefox 7 adalah tersedia dalam 70 bahasa untuk Windows, Mac OS X dan Linux, manakala syarikat itu akan mengumumkan Firefox versi mudah alih Android Jom dapatkan firefox di sini secara percuma

Blogwalking Software percuma

Image
Download Blogwalking software secara percuma dengan klik disini Ramai yang suka blogwalking dari satu blog ke satu blog kan?Tapi kekadang kita rasa bosan dan kekadang ada blog yang harini kita lawat, pastu esok kita lupa nak lawat blog dia, so dengan software ni kita tak lagi lupa untuk melawat blog mereka setiap hari, software ni sangat mudah digunakan, cuma copy setiap blog yang kita lawat dalam ni, pastu setiap kali kita nak lawat, cuma double klik saja tanpa perlu minimizekan browser anda. Boleh try dulu.

Menyelamatkan Anak Harimau

Image
Seekor anak harimau yang kecil hampir jatuh ke bawah gaung yang sangat tinggi dan tersangkut di tepi dinding gaung tersebut. Ibu harimau tersebut cuba untuk menyelamatkan anaknya yang terjatuh di dalam gaung tersebut. Klik Untuk Gambar Seterusnya : Beberapa ekor harimau lain juga turut cuba untuk menyelamatkan anak rakan mereka yang terjatuh itu, tetapi semuanya seperti takut mereka juga turut terjatuh. Dengan ketabahan yang ada pada ibu harimau tersebut, maka ia bertindak berani untuk mengambil anaknya yang jatuh dari gaung tersebut dan berjaya membawa anaknya naik keatas dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Ibu harimau tersebut mencium anaknya dengan penuh kasih sayang. Lihatlah betapa sayangnya harimau terebut terhadap anaknya yang hampir-hampir mati jatuh ke dalam gaung yang tinggi, mausia perlu mengambil pengajaran dari gambar di atas. :)

Lagi Aneh Lepas Pasang Link Within

Image
Aritu Hairan dengan links in yang ada kat alexa ranking yang dah di link sebanyak 31 site, dan kali ini lagi hairan selepas saya pasang link within kat blog ini,  kerana semua post yang saya tak pernah masukkan ada dalam link within tersebut, dan apabila saya klik link tersebut, maka  keluar page not found, huhu Blog aku Pernah Wujud dulu

Donat Percuma

Image
Sekali tengok donat di atas memang lazat, haha.. Saja upload gambar ni sebab harini aku dapat donut percuma. Pas ni nak makan KFC plak..Chow Dlu.. :)

Teknik menaip dengan laju

Image
Dibawah ini adalah gambar yang menunjukkan cara sebenar untuk menaip di atas keyboard dengan pantas, jika kita merasakan kita telah menaip dengan laju, sebenarnya kita salah jika kita tidak menggunakan sepenuhnya jari untuk menaip. Kebanyakkan kita hanya menaip dengan menggunakan 3 atau 4 jari sahaja. Amat jarang kita jumpa orang yang menggunakan kesemua jarinya untuk menaip. Jadi, kalau kita boleh membahagikan tugas kepada jari kita untuk menaip keyboard seperti gambar di bawah, maka kita boleh dikategorikan sebagai Genius :) Cuba korang taip guna kesemua jari korang kat atas keyboard, mesti tak selesa kan?Tak pun mesti jadi typo banyak, so, kena la praktis selalu baru cekap. Hehe

Blog aku pernah wujud zaman dulu?

Image
Assalamualaikum. Harini aku terasa agak hairan dan terkejut, sebab aku ada pasang alexa site info untuk blog baru aku ini, so lepas aku pasangkan site info tu, aku mendapati telah ada 31 links in dekat blog aku, sangat terkejut sedangkan blog aku baru di buat beberapa hari lepas. Lepas daripada itu, aku juga cuba untuk menggunakan google untuk cek samada betul atau tidak blog aku ni di links in kan kepada website atau blog-blog lain dan hasil carian adalah seperti di atas. Blog Ini memang pernah wujud sebelum aku register semula blog ini dengan nama aku. memang sangat pelik. Setahu aku lah, setiap blog yang kita delete, sudah tentu google tidak akan bagi kita guna semula nama domain tersebut kan?sebab aku punya blog sudah delete banyak, tapi aku cuba untuk register semula dia kata " Sorry, the blog at .....blogspot.com has been removed.  This address is not available for new blogs. Jadi setelah aku lihat semula di dalam google dengan lebih teliti, aku dapat mengesan pemilik la...

Ucaplah I love you

Image
Berikut adalah perkataan "I love you" dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia, dengan pelbagai kaum yang ada seluruh dunia, sudah tentu bahasanya juga berlainan dari bahasa kita, jom kita tengok macamana orang-orang luar negara bercakap perkataan "I love you" selain dari bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Afrikaans - Ek het jou lief Albanian - Te dua Arabic - Ana behibak (to male) Arabic - Ana behibek (to female) Armenian - Yes kez sirumen Bambara - M'bi fe Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi Belarusian - Ya tabe kahayu Bisaya - Nahigugma ako kanimo Bulgarian - Obicham te Klik Untuk Lihat Semua : Cambodian - Soro lahn nhee ah Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a Catalan - T'estimo Cheyenne - Ne mohotatse Chichewa - Ndimakukonda Corsican - Ti tengu caru (to male) Creol - Mi aime jou Croatian - Volim te Czech - Miluji te Danish - Jeg Elsker Dig Dutch - Ik hou van jou English - I Love You Esperanto - Mi amas vin Est...

Blog Cantik Entri Kosong

Image
Blog template Banyak blog-blog yang aku jumpa diorang edit dengan begitu cantik sekali, berwarna-warni, sekali buka siap ada lagu lagi, pergh memang sedap mata kita tengok blog dia memang cantik, secantik dengan tuan dia punya blog. Hehe. Ada juga blog yang cantik, tapi tengok entri dia kosong atau dah lama tak update, mungkin dia sibuk atau busy kot, ok, tapi ada juga yang blog dia cantik, tapi dia update sebulan sekali je, saje sebab tak dak idea nak tulis. Mungkin banyak kot. Bagi aku, blog tu cantik dengan pelbagai warna-warna yang menarik, so, sudah pasti entri dia pun cantik dan berseri-seri jugak kan? Lain lah macam blog aku ni, simple je, just guna simple pnya template, so kalau aku taip entri yang tak berguna macam ni pun orang tak kata apa-apa kan. :) Kepada blog yang cantik-cantik tu, rajin-rajin lah ringan jari untuk tulis apa yang terlintas kat fikiran, barulah jadi cantik luar, cantik dalam kan? Aku nak nasihat orang, tapi blog aku pun entah ape-ape..hihi Lupe lak, k...

Percaya selagi termampu

Image
Tengok gambar di atas, walaupun kereta keluaran baru yang lagi canggih dari biasa pun dan ada kat pasaran, tapi orang atas tu masih lagi gunakan kereta lama dia, gambar kat atas ni entah la kat area mana aku pun tak tau la tapi dia guna kereta dia dengan cat yang kurap dan keadaan yang lusuh, tapi kereta tu boleh bejalan seperti biasa. Bukan nak cerita pasal kereta, tapi contoh ja, sama macam orang juga, aritu kita ada dengar ada seorang remaja yang kemalangan jalan raya dan telah hilang kekacakan dia. Pada waktu dia hensem dulu, dia ada teman wanita yang sangat setia dengannya, ceh..kata dia akan sehidup semati la walau apa pun terjadi. Konon la'..=_=. Lepastu, lelaki tersebut telah membuat operation dekat mulut dia dan rupanya yang cantik telah menjadi berlainan dari yang asal, kemudian dia memberitahu bahawa teman wanitanya itu telah tidak mau menjadi kekasihnya lagi. (Tadi kata sehidup semati). Tapi setelah dia mintak putus dengan lelaki tersebut, bolehkah kita anggap dia me...

Ustaz yang Paling Best

Image
Sapa kenal dengan Ustaz Azhar Idrus?Mesti ramai yang kenal kan, yang tak kenal pun mesti ada jugak kan? So, sape-sape yang tak pernah dengar lagi ustaz ni ceramah, boleh la try dengar ustaz ni ceramah macamna. Mula-mula dulu ada jugak orang suh dengar, tapi ingatkan ceramah biasa jer, tapi lepas dengar ustaz ni ceramah, rasa macam nak dengar selalu lah pulak, sebab Ustaz ni suka berceramah sambil bergurau senda. Hehe Kekadang dengar ustaz ni ceramah dalam youtube pun boleh tersenyum seorang diri :) Cuba lah dengar, sambil kita berhibur, dalam masa yang sama kita dapat Ilmu yang berguna kan? Video kat atas tu salah satu ceramah ustaz azhar try cakap loghat utara.Agak terhibur. Then lepas ni boleh la try search kat youtube cari Ustaz ni pastu dengar dia ceramah yer. Banyak ilmu yang berguna dia dah rungkaikan. Ok Assalamualaikum :) Like ler :)

Pakar gunting rambut

Image
(Mesin gunting rambut) Haha, tajuk tak boleh belah, pakar gunting rambut, sapa dia tu pakar gunting rambut tu? korang kenal ke?aku pun tak kenal, aku saja letak tajuk pakar gunting rambut, tapi aku tak tau la dia ni pakar ke tidak dalam bidang gunting rambut ni, Tipu kot. Harini aku menjadi pakar gunting rambut sebab aku beli mesin gunting rambut, pergh, dahyat pasni mesti ramai yang nak gunting rambut kat aku kan, haha, tadi aku dah try gunting rambut dua orang sepupu aku yang kecik, memang pakar la, kepala budak tu nampak bulat ja daripada rambut panjang terus jadi rambut askar. =_=, naseb bek tak nampak pelik haha. Baiklah, sapa-sapa yang nak jadi askar tu boleh jugak aku tolong gunting rambut korang tu, korang leh la panggil aku untuk gunting rambut korang tu, mau ker..hihi  Setakat itu sajalah kot entri aku tentang pakar gunting rambut ni. Next entry akan menyusul, jangan ketinggalan..  Ha, itu pun kau nak cerita dalam blog kau ka?  Dah nama pun blog, cerita je la...

Mula dari Bawah

Assalamualaikum, hari ni aku tulis blog ini dengan bermulanya dari bawah ataupun dalam erti kata lain, baru buat blog, walaupun aku dah ada banyak blog sebelum ini, tapi aku nekad untuk buang semua blog-blog aku yang banyak tu demi untuk tumpu pada satu blog saja. (Banyak-banyak pening kepala, kalau banyak idea tak pa la, aku bukan pandai sangat..haha ) Untuk pengetahuan semua, lebih dari 10blog aku ada dan aku tak dapat nak tumpu kesemua tu dalam satu masa maka blog aku yang banyak-banyak tu jadi tak terurus dan jarang untuk diupdate, jadi tindakan aku untuk delete semua blog-blog itu semua adalah sangat bernas kerana lepas ni aku dapat menumpu penuh perhatian kepada blog ini dengan lebih masa. Kenapa mula dari bawah?, biasa la, kalau kita nak buat satu-satu benda kan kita kena mula dari bawah, tak boleh terus-terus nak up kan?nanti kita jugak yang susah, dan buat masa sekarang aku cuba untuk tidak membuat blog banyak-banyak dan aku akan tumpu pada satu saja. Jadi setakat itu lah s...